Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2025

OBES DAN COVID-19

Imej
  OBESE MENGUNDANG RISIKO COVID-19 Obesiti adalah penyakit gaya hidup yang mengundang pelbagai penyakit lain.  Kita tahu obesiti terjadi apabila terlalu banyak makan (kalori masuk) berbanding menggunakannya (kalori keluar) menyebabkan timbulnya lebihan lemak di bawah kulit dikenali subcutaneous fat atau yang berada di antara organ, visceral fat.  RISIKO PENYAKIT KERANA  OBES Seseorang yang obese terdedah kepada risiko penyakit antaranya, (1) Sakit Jantung dan stroke (2) Diabetes jenis 2 (3) Cancer (4) penyakit berkaitan pencernaan (5) Sleep apnea (6) Radang sendi (osteoarthritis) (7) Hati berlemak (Fatty Liver dan (8) Meningkatkan risiko Covid-19.  Sumber foto :  low grade inflammation - Search Images BAGAIMANA OBES MENINGKATKAN RISIKO COVID-19  Apabila seseorang itu obes, kondisi selnya berada dalam low-grade inflammation yang bererti sel berada dalam keadaan lemah dan mudah untuk dicerobohi . Ini disebabkan antara lain pengambilan makanan bergula, l...