TIPS KECILKAN PAHA DENGAN BASIKAL
RAMAI BERBASIKAL TAPI... Sejak 2010 senario orang berbasikal semakin hari semakin meriah. Bagus!. Tapi melalui pemerhatian coach, kebanyakkan hanya ikut-ikutan. Jangan begitu, korang seharusnya kena tambah ilmu sikit supaya manfaat berbasikal dapat 100% dan paha pun bertambah cantik. CARA KECILKAN PAHA DENGAN BERBASIKAL Disebabkan bukan semua suka ke gimnasium, jadi coach gabungkan dua mod berbasikal dan aktiviti bebanan. Pertama kayuh basikal dalam 15 minit - 30 minit. Tujuannya nak warm-up- kan semua bahagian kaki. K emudian, berhenti berkayuh dan lakukan aktiviti menaiki tangga. Digalakkan melangkah 2 anak tangga berbanding 1 anak tangga. Korang ada 2 pilihan. Jika nak kecil paha hadapan, tak perlu buka langkahan kaki tetapi jika nak kecilkan bahagian paha luar dan dalam, buka langkahan kaki anda seperti foto dibawah. Pastikan pula waktu menaiki tangga tidak kurang 1 minit tidak lebih 3 minit (ikut kemampuan). Selepas itu rehat d...