Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2023

NAK KURUS, REGANGAN JANGAN DI SAMPINGKAN

Imej
Regangan atau stretching selalu  dilihat tidak diambil serius oleh 'pemburu' lemak. Macam mana nak kurus kalau benda asas diabaikan. Jadi posting ini coach akan kupas kepentingan regangan untuk kurus.  REGANGAN ITU APA Perasan tak, semasa melakukan aktiviti regangan anda akan rasa  menegang dan tertarik ?Itulah regangan. Ia bertujuan memanjangkan atau meregangkan otot untuk meningkatkan kelenturan . Disebabkan itu, ramai orang tak mahu buat atau dalam ertikata lain  buat ala kadar sahaja  sebab rasa tegang itu memang tak best dan menyakitkan. Tambahan lagi ia seperti tiada kena mengena dengan pembakaran lemak.   REGANGAN & KURUS Itu silap!. Regangan merupakan komponen ketiga terpenting untuk menjayakan misi kurus . Regangan yang betul dan konsisten  membolehkan anda melakukan gerakan membina kekuatan dengan julat pergerakan yang lebih besar lalu   menjadikan senaman lebih berkesan dan pembakaran lemak lebih optima.   Regangan juga me...