NAK KURUS, REGANGAN JANGAN DI SAMPINGKAN

Regangan atau stretching selalu  dilihat tidak diambil serius oleh 'pemburu' lemak. Macam mana nak kurus kalau benda asas diabaikan. Jadi posting ini coach akan kupas kepentingan regangan untuk kurus. 

REGANGAN ITU APA

Perasan tak, semasa melakukan aktiviti regangan anda akan rasa menegang dan tertarik?Itulah regangan. Ia bertujuan memanjangkan atau meregangkan otot untuk meningkatkan kelenturan. Disebabkan itu, ramai orang tak mahu buat atau dalam ertikata lain buat ala kadar sahaja sebab rasa tegang itu memang tak best dan menyakitkan. Tambahan lagi ia seperti tiada kena mengena dengan pembakaran lemak.  


REGANGAN & KURUS

Itu silap!. Regangan merupakan komponen ketiga terpenting untuk menjayakan misi kurus. Regangan yang betul dan konsisten membolehkan anda melakukan gerakan membina kekuatan dengan julat pergerakan yang lebih besar lalu menjadikan senaman lebih berkesan dan pembakaran lemak lebih optima. 







Regangan juga menghindari kesakitan atau kecederaan otot dengan membina 'spring' bagi menyerap sebarang stres. Bayangkan anda sebuah kereta tanpa spring. Bila kereta kena lobang bukan sahaja rim kereta bengkok, seluruh komponen didalam kereta boleh rosak kesan hentakan dan gegaran. Jadi regangan akan memastikan sistem tubuh efisyen untuk bekerja. 







Regangan jenis dinamik berupaya meningkatkan aliran darah ke otot lalu meransang pembakaran lemak tetapi harus bersifat spesifik.  Contohnya, jika anda ingin mengecilkan abdomen (perut), lakukanlah regangan Trunk Rotation secara dinamik (Rujuk foto dibawah). Dengan cara ini, degupan jantung meningkat seterusnya memberi kesan kepada aliran darah lalu 'melembutkan' otot abdomen. 
Jadi, penting tak regangan? Penting! kerana ia berkaitan otot. Dan otot adalah lokasi pembakaran lemak. Sekian. 


NAK COACH BANTU KORANG 
SAMPAI KURUS? 
KLIK FOTO DIBAWAH SEKARANG


 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 CARA LEMAK DIBAKAR

KEPIT KETIAK TEGANGKAN PAYU DARA

BURPEE CEPAT JADI KURUS?