APA KENA MENGENA STRES DENGAN GEMUK?
"Apa kena mengena stres dengan gemuk?
Kemon-lah coach".
Itu antara persoalan yang dilontarkan ramai orang kepada coach. Serius! memang ada kena mengena. Sebab itu korang tak kurus-kurus terutama mereka yang sibuk dan sukar mendapat masa yang ideal untuk bersenam. Dan sebabkan itu juga coach sediakan program FTB ONLINE yang boleh memudahkan korang. Bila-bila pun boleh training.
KLIK SINI
UNTUK MENYERTAI PROGRAM
KURUS SECARA ONLINE
Sumber foto : https://antranik.org/adrenocorticotropin-hormone-acth-including-cortisol/ |
TINDAKBALAS STRES
Apabila stres muncul, apa yang berlaku didalam tubuh sebenarnya terdapatnya lebihan hormon cortisol. Hormon ini terhasil dari beberapa siri tindakbalas hormon yang bermula dari Hypothalamus. Stres yang menimbulkan gejala 'pening' 'bimbang' telah menghantar signal kepada Hypothalamus untuk mengeluarkan Corticotropin (CRH). CRH ini kemudiannya merangsang Adrenocorticotropic Hormone seterusnya merangsang Adrenal Cortex untuk mengeluarkan Cortisol ke dalam darah.
VIDEO STRES DAN GEMUK.
JANGAN LUPA SUBSCRIBE
CUSHING SYNDROME
Dalam konteks obesiti, lambakan cortisol di dalam darah mencetuskan salah satu gejala Cushing Syndrome iaitu pengecilan otot (Sacropenia).
Jisim otot yang menusut akan menyebabkan 'kilang' pembakaran kalori (tenaga) 'mogok'. Dan proses pembakaran lemak terhenti. Dan korang akan gemuk
Jika KESIBUKAN MENGHALANG
anda KURUS,
FTB ONLINE adalah PENYELESAIANNYA.
Ulasan