KEPIT KETIAK TEGANGKAN PAYU DARA

Ala sujud je kan….No! No..No.. kalau anda beranggapan begitu, telahan itu 100% meleset  kerana Allah SWT telah menegaskan setiap ciptaannya tidaklah diadakan dengan sia-sia. Cuma kita je yang tak tahu. Justeru kali ini coach nak kongsikan mengapa perempuan harus menutupkan ketiak ketika sujud berbanding lelaki.


BEZA DADA LELAKI DAN WANITA


Bezanya payudara. Namun asasnya sama, di dada tersebut terdapat otot dada yang dikenali sebagai pectoralis major dan minor yang berfungsi untuk menggerakkan tangan. Namun untuk wanita, otot pectoralis major mempunyai fungsi tambahan iaitu menyokong payudara melalui pectoral fascia.  



NAK KURUS? JOM
BELAJAR, PANTAU DIBIMBING SAMPAI KURUS 
DALAM 60 HARI PROGRAM KURUS FTB ONLINE




SENAMAN DADA


Bagi seorang yang kaki gym, mereka akan melakukan latihan dada untuk membentuk dan mencantikkan dada dengan melakukan chest press dan cable chest fly. Setiap aktiviti ini memberi kesan tertentu di bahagian-bahagian dada yang dipecahkan kepada dada atas, tengah dan bawah. Sebagai contoh, jika menggunakan Diamond Chest Press, aktiviti ini akan memberi kesan kepada bahagian tengah dan atas dada


Jika di Gym, kita guna senaman ini untuk bina ketahanan otot dada. 


SUJUD  DAN SENAMAN PAYU DARA 

Cuba perhatikan foto Diamond Chest Press dibawah. Nampak tak kesamaan dengan sujud wanita? Ya jika Diamond Chest press perlu mengepit ketiak untuk memberi kesan di tengah dan atas dada, maka begitulah kesan sujud wanita yang disarankan oleh agama.



Dengan mengepit ketiak bahagian tengah dan atas pectoralis major menjadi kuat lalu menarik payudara keatas menjadi lebih cantik dan tidak londeh. Jadi lepas ni lakukanlah sujud dengan betul dan tomaininah.



NAK KURUS? JOM
BELAJAR, PANTAU DIBIMBING SAMPAI KURUS 
DALAM 60 HARI PROGRAM KURUS FTB ONLINE






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 CARA LEMAK DIBAKAR

BURPEE CEPAT JADI KURUS?