THR KUNCI UNTUK KURUS
THR adalah kadar nadi semasa. Ia perlu diambil semasa berlatih pada waktu-waktu yang ditetapkan seperti 15 min, 20 min, 30 min. THR merupakan petunjuk penting bagi mengetahui latihan yang dilakukan berkualiti atau sebaliknya.
Coach mengajar cara kira THR dalam program FTB Online |
THR UNTUK KURUS
Untuk kurus, THR haruslah berada dalam zon aerobik yang apabila dikekalkan dalam satu jangkamasa, pembakaran gula (karbo) dan lemak akan berlaku dengan sangat baik!. Malangnya ramai yang baru seketika memasuki zon aerobik atau mencapai THR yang tepat terus memberhentikan latihan kerana keletihan dan sebagainya.
Coach berkongsi tatacara menaikkan THR tanpa penggunaan kawasan yang besar. |
PETANDA THR BETUL
Antara petanda yang penting dan terkait dengan THR adalah berasa lesu ketika berlatih. Lesu adalah petanda gula dalam otot sudah berkurangan. Apabila ini berlaku (lesu) hati akan bekerja untuk menghabiskan gula yang tersimpan dihati. Jika tiada gula dari karbohidrat, lalu berlakulah pembakaran lemak bagi memenuhi keperluan tubuh.
Ini menunjukkan 'pembakaran' gula dalam hati dan otot yang menyebabkan anda kurus dan sihat. |
Ulasan