SAKIT LUTUT TAPI NAK SENAMAN KURUS

Ada jer peserta FTB Online yang mengalami sakit belakang, lutut dan sebagainya. Namun adakah kena on juga senaman atau bagaimana? Justeru posting kali ini coach akan huraian cara senaman kurus bagi yang cedera lutut, supaya jelas buat semua. 



REHAT AKTIF 


Dari aspek senaman apabila seseorang itu sakit ia dinasihatkan berehat. Namun rehat tersebut bukanlah rehat seperti duduk dirumah, tidur, tetapi dipanggil Rehat Aktif atau Rest Active.


Konsep Rehat Aktif adalah tetap bersenam tetapi tidak menyakitkan kawasan cedera. Ia ini bertujuan merangsang sistem tubuh agar kesakitan segera lenyap dan mengekalkan tahap kecergasan semasa (kecergasan tidak menurun).


Sebagai contoh, jika anda sakit lutut seperti meniscus, setiap kali kaki melangkah dan memijak seperti berjoging, berlari dan melompat akan menimbulkan sakit kerana meniscus merupakan pelapik di tulang tibia. Maka ramai yang berpendapat stop! jangan buat! Bahaya!.


Sebenarnya boleh, dengan konsep Rehat Aktif lakukan senaman yang bersesuaian seperti berenang, aqua aerobik , aqua exercise, Stationary bike, Recumbent Bike dan sebagainya






SAKIT LUTUT DAN SENAMAN KURUS 


Jika sakit lutut melibatkan kecederaan meniscus, joging, berlari apatah lagi melompat adalah di 'haramkan' kerana semuanya itu memberi tekanan yang kuat kepada meniscus. Salah satu senaman kardio yang dibolehkan (yakni dibenarkan dengan syarat ) adalah berbasikal. Bukan semua jenis basikal, yang paling baik adalah recumbent bike.

Gaya kayuhan basikal ini tidaklah seperti menunggang road bike menjadikan tekanan (rasa sakit) kepada meniscus minima.
 




Basikal akan meningkatkan ketahanan dan kekuatan kedua otot ini sekaligus menguatkan sendi lutut.     



Selepas 15-30 minit berbasikal, sambung latihan dengan aktiviti bebanan yang tidak menyakitkan lutut seperti standing row diikuti dumbbell front raise. Kedua-dua senaman ini jauh dari sendi lutut menyebabkan ia boleh dilakukan.


Standing row tidak menyakitkan lutut.
Ia lebih kepada membina bahagian upper back (Modul 3 Program Kurus FTB Online) 
 

Dumbell Front Raise juga boleh dilakukan asalkan tidak menyakitkan lutut. (Modul 4 Program Kurus FTB Online)
 

SAKIT LUTUT TAPI NAK BERSENAM UNTUK KURUS? 

BELAJAR, PANTAU, BIMBING 

DALAM PROGRAM KURUS FTB ONLINE 

KLIK FOTO SEKARANG UNTUK 50% DISKAUN 






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 CARA LEMAK DIBAKAR

KEPIT KETIAK TEGANGKAN PAYU DARA

BURPEE CEPAT JADI KURUS?