Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

KAMI DAH KURUS! TERIMA KASIH FTB 2020

Imej
Alhamdulillah selesai sudah program FTB 2020 apabila malam tadi (21.02.2021) telah berlangsungnya Majlis Pentup FTB 2020 secara FB Live.  Aturcara majlis simple sahaja dimulai bacaan alfatihah diikuti, kata aluan coach, pengumuman pemenang dan ulasan spesifik semua peserta.  Dalam program kali ini, ramai peserta tidak menggunakan kesempatan menghantar diet dan laporan senaman untuk disemak.  Uhh! ruginya. Coach harap pada masa hadapan, ubahlah perangai malas tu. yea :).  Seperti dijanjikan semua peserta telah diberikan secara by hand cenderahati FTB dan t shirt program. Berikut adalah senarai peserta beserta yang mempunyai rekod sebelum dan selepas.  ----------------------------------------- VIDEO PROGRAM FTB 2020 ----------------------------------------- Akhir kata, nak kurus? belajarilah dari FTB. Sebab kurus bukan soal diet sahaja. Ia meliputi banyak elemen tubuh manusia. Orang A takkan sama dengan orang B. Ertinya, setiap orang obes perlu mendapat rujukan coach yang berpengalaman

KURUS DENGAN POTONG PERUT

Imej
APA ITU  BARIATRIC ? Secara umum Bariatric adalah proses pembedahan  bagi menangani masalah obesiti yang serius. Secara khusus Bariatric mempunya 3 jenis pembedahan khusus mengikut tahap dan fungsinya iaitu Gastric Bypass, Sleeve Gastrictomy dan Bilopancreatic Diversion with Duodenal Switch (BD/DS).  Baria atau Baro adalah  perkataan greek  yang bermaksud berat.  PERUT DAN USUS KECIL  Umum mengetahui Bariatric melibatkan pemotongan perut dan usus kecil. Mengapa perut dan usus? Mari coach terangkan mengapa Bariatric melibatkan kedua organ ini.   Perut dan usus kecil memainkan peranan berbeza namun keduanya merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita atau dikenali sebagai digestive system.  Fungsi perut ada 3, satu, sebagai  tempat simpan makanan atau storage , tempat 'mencincang' dan mencampur adukkan makanan dan yang ketiga tempat penyerapan.  Sementara usus kecil pula berperanan menyambung tugas perut dengan  melakukan aktiviti penyerapan nutrisi yang lebih kompleks.

SEGERA KURANGKAN BERAT BADAN, AWAK BERISIKO SLIP DISC

Imej
"Sebaik  bangun dari tidur,   tiba-tiba terasa sakit di belakang.  Tegang teramat sangat, sampai tak boleh jalan. A pa sebabnya doktor?".   "Puncanya adalah berat badan .  Kurangkan berat badan. Kalau tidak,   awak berisiko mendapat Slip Disc" ,  Nasihat Doktor. OBESITI DAN SAKIT BELAKANG  Fahami ini dahulu. Ada 3 sebab berlakunya sakit fizikal (sakit belakang). Satu disebabkan bebanan tinggi . Kedua disebabkan jangkamasa . Dan ketiga adalah gabungan kedua-duanya . Jadi, coach nak tanya korang, obes itu berat ke ringan?   Sudah tentu ya. Jadi setiap kali duduk, berjalan dan melakukan sebarang aktiviti fizikal, seorang obes sebenarnya sedang membawa bebanan yang tinggi.  Sakit belakang dikalangan individu obes lazimnya berlaku apabila otot belakang iaitu  Quadratus Lumborum dan kumpulan otot Erector Spine- nya lemah (Spinalis, Longissimus dan Iliocostalis).  ATASI OBESITI DAN SAKIT BELAKANG  DENGAN MENYERTAI...   Apabila individu obes menunduk seperti mengambil baran