KURUS DENGAN POTONG PERUT

APA ITU BARIATRIC ?

Secara umum Bariatric adalah proses pembedahan bagi menangani masalah obesiti yang serius. Secara khusus Bariatric mempunya 3 jenis pembedahan khusus mengikut tahap dan fungsinya iaitu Gastric Bypass, Sleeve Gastrictomy dan Bilopancreatic Diversion with Duodenal Switch (BD/DS). 


Baria atau Baro adalah perkataan greek yang bermaksud berat. 


PERUT DAN USUS KECIL 

Umum mengetahui Bariatric melibatkan pemotongan perut dan usus kecil. Mengapa perut dan usus? Mari coach terangkan mengapa Bariatric melibatkan kedua organ ini.  



Perut dan usus kecil memainkan peranan berbeza namun keduanya merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita atau dikenali sebagai digestive system. Fungsi perut ada 3, satu, sebagai  tempat simpan makanan atau storage , tempat 'mencincang' dan mencampur adukkan makanan dan yang ketiga tempat penyerapan. 

Sementara usus kecil pula berperanan menyambung tugas perut dengan  melakukan aktiviti penyerapan nutrisi yang lebih kompleks. Boleh dikatakan kesemua nutrisi makanan diserap oleh usus kecil seperti karbohidrat, protien dan lemak sebab itu dengan memintas (memotong) usus proses penyerapan nutrisi akan mengecil dan sekaligus mengecilkan jumlah kalori intake. 

 

Usus kecil yang dipintas (dipotong) akan 
mengurangkan kadar penyerapan nutrisi, menjadikan kalori intake semakin rendah. 



GASTRIC BYPASS 

Gastric Bypass atau Roux-en-y Gastric Bypass adalah pembedahan Bariatric bagi mengecilkan saiz perut dan menyambungkannya kepada usus kecil.  Teknik ini akan memberi rasa full yang cepat kerana saiz perut telah dikecilkan dan proses penyerapan nutrisi semakin cekap. 






Bersambung...

...........................................................................

< KLIK SINI UNTUK SERTAI PROGRAM KURUS TERBAIK COACH >


................................................................................



Rujukan : 

https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/bariatric-surgery/about/pac-20394258

https://www.cancer.ca/en/cancer-information/cancer-type/stomach/stomach-cancer/the-stomach/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 CARA LEMAK DIBAKAR

KEPIT KETIAK TEGANGKAN PAYU DARA

BURPEE CEPAT JADI KURUS?