OBES PUNCA WANITA TIDAK SUBUR
Berdasarkan banyak kajian, obesiti boleh menyekat kesuburan wanita apabila hormon leptin mengganggu sistem Hypothalamic Pituitary Gonadal menyebabkan sistem peranakan wanita tidak berfungsi dengan betul sehingga menyebabkan ketidak suburan (1). Hypothalamic Pituitary Gonadal atau singkatannya HPG adalah gabungan 3 organ endokrin yang saling berhubung untuk menjayakan proses kesuburan. Sistem Hypothalamic Pituitary Gonadal. LEPTIN Leptin adalah hormon yang dikeluarkan oleh sel lemak (adipose tissue). Maka, golongan obes tentulah secara automatiknya pengeluar hormon leptin terbanyak berbanding individu kurus. Leptin dikenali sebagai hormon kenyang, ia memberi signal kepada otak (hypothalamus) untuk mengubah suai pemgambilan makanan dan penggunaan tenaga dalam jangkamasa panjang. Kesan leptin terhadap organ lain Contoh mudah, apabila seorang itu obes, leptin akan memberitahu otak (hypothalamus) agar kurang makan atau berdiet. Lalu timbu...