OBES PUNCA WANITA TIDAK SUBUR
Berdasarkan banyak kajian, obesiti boleh menyekat kesuburan wanita apabila hormon leptin mengganggu sistem Hypothalamic Pituitary Gonadal menyebabkan sistem peranakan wanita tidak berfungsi dengan betul sehingga menyebabkan ketidak suburan (1). Hypothalamic Pituitary Gonadal atau singkatannya HPG adalah gabungan 3 organ endokrin yang saling berhubung untuk menjayakan proses kesuburan.
Sistem Hypothalamic Pituitary Gonadal. |
LEPTIN
Leptin adalah hormon yang dikeluarkan oleh sel lemak (adipose tissue). Maka, golongan obes tentulah secara automatiknya pengeluar hormon leptin terbanyak berbanding individu kurus. Leptin dikenali sebagai hormon kenyang, ia memberi signal kepada otak (hypothalamus) untuk mengubah suai pemgambilan makanan dan penggunaan tenaga dalam jangkamasa panjang.
Kesan leptin terhadap organ lain |
Contoh mudah, apabila seorang itu obes, leptin akan memberitahu otak (hypothalamus) agar kurang makan atau berdiet. Lalu timbul rasa, keinginan dan semangat untuk mengubah corak pengambilan makanan dan bersenam. Contoh lain pula, apabila seorang itu kurus, leptin akan memberitahu otak (hypothalamus) agar meningkatkan keinginan dan selera untuk makan. Jadi persoalan timbul, jika seorang obes itu tinggi Leptin, mengapa dia tetap kuat makan? Jawapannya lihat tajuk Leptin Resistance, dibawah!.
Malangnya, apabila leptin terlalu banyak, hypothalamus menjadi 'lemas' dan tidak dapat bertindak balas dengan betul, menyebabkan individu obes, terus menerus 'melantak' dengan rakus tanpa peduli berat badannya yang bertambah. Keadaan ini sama seperti pesakit diabetis jenis 2 yang mengalami diabetic resistance. Apabila gula tinggi, sepatutnya insulin dikeluarkan tetapi malangnya pankreas tidak berfungsi dengan baik menyebabkan timbul keadaan hyperglisemik. Jadi obesiti ini bagi coach bukan soal lemak ia soal kecelaruan hormon yang perlu diperbetulkan.
Coach sedang melatih Personal Trainee di Putrajaya. Ini adalah rutin bagi mengecilkan lemak dilengan dan paha. |
menimang cahaya mata kerana,
senaman berupaya mengurangkan kuantiti hormon leptin
dengan mengurangkan sel lemak.
Namun apabila individu obes ingin membuat perubahan dengan berdiet dan bersenam, timbul pula gejala Negative Feedback Loop yang menyebabkan otak (hypothalamus) menerima signal supaya meningkatkan pemgambilan makanan kesan pengurangan leptin. Kesannya, perut terasa teramat lapar, nafsu semakin bergelora, keinginan makan meluap-luap... Bagaiman nak buat?
Rujukan
(1) Status of serum leptin levels in females with infertility.Shafi R, Afzal MN.Saudi Med J. 2008 Oct; 29(10):1419-22.[PubMed] [Ref list]
(2) Lustig RH. Professor of pediatrics, University of California, San Francisco; member, Endocrine Society’s Obesity Task Force, Reviewed on March 11, 2010. [Ref list]
(3) https://www.news-medical.net/health/Leptin-Mutations.aspx
Sumber foto
https://en.wikipedia.org/wiki/Hypothalamic%E2%80%93pituitary%E2%80%93gonadal_axis#/media/File:Hypothalamic%E2%80%93pituitary%E2%80%93gonadal_axis.svg
Ulasan