5 CARA LEMAK DIBAKAR


1. TAHAP KECERGASAN FIZIKAL 

Kadar pembakaran lemak bergantung kepada usia. Semakin usia meningkat maka semakin kadar     metabolisma kita rendah. Maka nasihat coach jangan biarkan obesiti dibawa kehari tua kerana amat sukar untuk dibakar.



  
2. INTENSITI DAN JANGKAMASA

Apabila bersenam awasi kadar nadi. kebanyakkan kita bersembang dan tidak fokus menyebabkan latihan tidak menepati intensiti (kehebatan). Jangkamasa yang panjang melebihi 30 minit amat baik untuk pembakaran lemak. Namun lazimnya apabila jangkamasa panjang, intensiti pula semakin perlahan.






3. KEUPAYAAN FA

Perkara ini berhubung kait terhadap proses pemecahan lemak (lipolysis). Antaranya jika terlalu banyak makan makanan dari kumpulan karbohidrat (bergula), insulin akan berlambak-lambak didalam darah. Keadaan ini akan menghalang penghasilan hormon epinephrine, norepinephrine dan Hormon Sensitive Lipase (enzim) yang akan memperlahankan proses penguraian ikatan lemak (glycerol + 3 FFA).



    
4. KOMPOSISI DIET 

Setiap makanan ada kalori. termasuklah buah dan sayur, namun buah dan sayur mempunyai vitamin yang bertindak sebagai 'kenderaan' untuk mempercepatkan proses metabolisma (pembakaran lemak). Maka carilah sayur dan buah yang tinggi vitamin B, zink, dan iron kerana ketiga-tiga ini sangat berpengaruh didalam darah.



5. MAKRO NUTRISI 

Banyak makan bererti tinggilah kalori didalam Hati, Darah dan tisu otot. Jadi mengawal makronutiren (karbohidrat, lemak dan protien) yang menyumbang kalori paling tinggi amat penting. Lemak 1gram = 9kcal sementara karbohidrat dan protien 1gram = 4kcal.



NAK KURUS? JOM
BELAJAR, PANTAU DIBIMBING SAMPAI KURUS 
DALAM 60 HARI PROGRAM KURUS FTB ONLINE



KESIMPULAN


Kaedah senaman dan pemakanan harus betul. Dalam konteks faktor 4 dan 5 coach menekankan bahawa kedua-dua faktor ini amat selari dengan  prinsip senaman yang merujuk kepada konsep ibadah dalam Islam iaitu "Masa Luput" kerana tubuh badan kita ada kaitan dengan alam apatah lagi peraturan Allah SWT.




Rujukan : Sport Nutrition for Health and Performance

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEPIT KETIAK TEGANGKAN PAYU DARA

BURPEE CEPAT JADI KURUS?