BURPEE CEPAT JADI KURUS?
Merujuk kajian, 10 ulangan Burpee yang laju sama seperti 30 saat lari pecut yang berupaya meningkatkan kadar metabolisma. Wow!. Nampak tak?. Ya korang jimat masa, tak sakit lutut dan cepat bakar lemak. Oleh sebab itulah coach nak kongsikan posting ini. Jadi jemput baca ya.
BURPEE
Burpee ni kalau tak betul gaya, boleh tercungap tau. Mana tidaknya, dari kedudukan baring terus berdiri. Ertinya, semasa kedudukan baring jantung agak mudah bekerja, tiba-tiba dipaksa bekerja. Sebab itu ia bagus untuk rangsang metabolisma tetapi awas, korang yang beginner kenalah rujuk coach ya. Bagi yang ada penyakit darah tinggi, kolesterol, dan jantung harus 2x ganda kena lebih peka.
Salah satu segmen didalam Burpee. Kelihatan seperti Squat menuju kepada Plank. |
Burpee amat bagus untuk kurus kerana didalamya mengandungi perlakuan squat, dead lift, plank dan push up. Maksudnya kalau korang buat Burpee, sebenarnya korang telah lakukan 4 senaman serentak. Wow!
Sifat burpee yang 'tiba-tiba' ini mebolehkan gula (karbohidrat) dihabiskan dengan cepat dan tubuh akan segera mengambil lemak sebagai tenaga. Sebab itu cara yang paling efisyen adalah menggabungkan burpee dengan aktiviti kardio. Dan ini selalu coach lakukan didalam program kurus coach.
Sumber foto : https://risetoit.co.za/wp-content/uploads/2013/04/Burpees.jpg |
VARIASI BURPEE
Banyak cara boleh lakukan Burpee antaranya Burpee Box Jump. Namun, coach selalu memilih jumping untuk tingkatkan kesan kepada sistem metabolisma. Bagi beginner harus elak 2 perkara ini iaitu jangan terlalu laju dan jangan lompat kerana keduanya akan meningkatkan degupan jantung secara mendadak. Sekian
Ulasan