SUSAHNYA NAK DIET, PAGI NAK MAKAN APA?

PAGI NAK MAKAN APA COACH?

Tiap kali coach cerita pasal diet mesti terselit soalan.. "Pagi nak makan apa ya coach?". Jadi bagi mengurangkan soalan berulang, meh coach kongsikan apa perlu dimakan pada waktu pagi. Bagi mudah faham coach berikan beberapa contoh sarapan peserta program FTB Online yang lalu. 


Menu sarapan pagi Nasmalina
peserta program kurus FTB Online Siri 1, 2020. 



AMBIL KOMPLEKS KARBO

Sarapan pagi adalah 'king', bagi coach, gelarang 'king' tersebut membawa makna makanan yang hendak disumbatkan ke mulut mestilah berkualiti dan berkhasiatKing mana makan fast food....Jadi untuk 'king' yang nak kurus, korang mesti ambil karbo kompleks kerana ia mengandungi fiber larut air, vitamin dan mineral. Ketiga-tiga komponen ini jelas kelihatan didalam menu diatas dan bawah. Mana karbo kompleksnya? sekali pandang memang tak nampak karbo. Bagi korang nasi, mihun, mee, roti itu karbo. Tetapi kalau korang pandang 2 kali, korang akan dapati karbo kompleks di dalam menu ini disumbangkan oleh labu, brokoli,  lobak, ubi dan salad.




Menu sarapan pagi Nasmalina peserta FTB Online Siri 1, 2020. 



MENGAPA KOMPLEKS KARBO

Selain ia mengandungi 3 nutrisi penting yang coach telah nyatakan diatas. Apa yang lebih penting kompleks karbo mengawal paras gula dari naik mendadak didalam darah. Situasi ini memberi banyak ruang kepada sistem tubuh untuk menggunakan lemak sebagai tenaga (dibakar). 


NAK KURUS SIHAT?
HANYA RM75 UNTUK 60 HARI PROGRAM
DAFTAR SEKARANG. TEMPAT TERHAD




CIRI KOMPLEKS KARBO

Selain itu, kompleks karbo akan memanjangkan rasa kenyang. Jadi mulut korang yang suka mengunyah tu secara automatik 'digam' dan nafsu makan dapat dikawal. 

Berdasarkan pengalaman coach, coach dapati ramai yang sukar mengenal pasti mana satu karbo kompleks. Mudah je (1) ia bukan dari binatang. ia dari tumbuh-tumbuhan,  (2) Ia sedikit keras dan kasar seperti oats (Kebanyakkan sayuran), (3) tawar (4) Jika manis tidak keterlaluan (seperti ubi keledek, roti wholemeal). 

Sekian.
.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 CARA LEMAK DIBAKAR

KEPIT KETIAK TEGANGKAN PAYU DARA

BURPEE CEPAT JADI KURUS?