KECILKAN PINGGUL TANPA SAKIT LUTUT
Tiap masalah tentu ada penyelesaiannya. Itu pegangan coach. So begitu jugalah bila ada yang mengatakan "Saya tak boleh bersenam, sebab bila lompat ja lutut saya sakit". Ok fine. Lalu coach pun saja try..."kalau kau sakit mulut macam mana kau makan". Coach harap dia faham, tapi soalan coach dijawab selamba. Haru..
Kata orang nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Meh coach kongsikan, caranya. Posting kali ini menfokus kepada situasi... nak squat pun sakit lutut bagaimana nak kecilkan pinggul?
ABDUCTION DAN FIRE DYRANT
Apa yang perlu dilakukan adalah menggunakan aktiviti hip abduction secara berdiri mahupun secara baring (Lihat foto di bawah). Untuk menambah kesan gunakan Resistance Band. Selain pinggul Hip Abduction boleh mengecilkan bahagian kelengkang asalkan tahu tekniknya.
Selain daripada itu, boleh juga mencuba Fire Hydrant yang lebih fokus kepada otot Gluteus Maximus. Namun tekniknya harus dipimpin oleh coach. Ia nampak mudah tetapi ramai yang melakukan kesalahan. Sekian.
Ulasan