CANTIK PINGGUL, KUATKAN RAHIM

 BANYAK CARANYA 

Pinggul yang menarik bukan hanya melambangkan aset wanita tetapi ia lambang kesihatan sistem peranakkan. Semakin ia tegap semakin kuatlah otot lantai pelvic memegang rahim. Jadi para wanita yang mengalami simptom organ peranakan jatuh serta sukar mendapatkan anak perlu ambil perhatian dan segera bina otot pinggul termasuk abdomen. 

Posting kali ini coach akan kongsikan kaedah untuk mengecilkan pinggul sekaligus meningkatkan kekuatan rahim. Jom! kita mula..


OTOT PINGGUL DAN RAHIM
 
Sebelum coach berkongsi apakah senamanya, korang tahu tak apa kaitan otot pinggul dan rahim?. Please! ini bukan cerita rahim Sepahtu ok. Ini rahim aka sistem peranakkan. Jadi korang kena serius memahaminya. 

Sumber foto : 
https://www.howtorelief.com/obturator-externusorigininsertionaction-nerve-supply/


Otot pinggul ada 2 iaitu otot diluar dan dalam. Yang selalu orang ambil peduli adalah otot luar kerana ia kelihatan jatuh dan lembik. Namun sebenarnya aktiviti senaman yang ditujukan kepada otot luar tersebut secara automatik turut memberi kesan kepada otot dalam, seperti obturator externus, obturatus internus, Inferior Gemellus, Superior Gemellus, Quadratus Femoris dan Piriformis.

Suka tak? suka lew sebab buat satu kesanya sekaligus. Buat squat otot dalam dapat otot luarpun dapat faedah. Namun kebanyakkan orang terlupa ada beberapa prasyarat lagi perlu dipatuhi untuk memberi kesan dan menguatkan lantai pelvic (rahim). 

Sumber foto : 
https://www.continence.org.au/who-it-affects/women/female-pelvic-floor-muscles


3 PRA SYARAT SENAMAN

Korang dah pun tahu Squat, Lunges dan lain-lain baik untuk pinggul. Tetapi untuk membina kekuatan otot lantai pelvic beberapa pra syarat perlu dilakukakan antaranya guna kontraksi isometrik, slow motion dan kawal pernafasan. Disebabkan otot lantai pelvic berfungsi sebagai 'anchor' kepada organ dalaman termasuk rahim, maka kesemua pra syarat diatas amat penting dimasukkan dalam aktiviti squat, lunges dll. 



Otot lantai pelvic tidak menguncup untuk menghasilkan pergerakan, tetapi otot ini menguncup untuk mengawal aktiviti pundi kencing, buang air besar, mengawal kentut dan sebagainya. Semasa melakukan senaman squat , lunges dan lain-lain bersama pra syarat diatas, gegaran kecil hingga sederhana akan wujud dan itulah indikator otot lantai pelvic sedang disenamankan.  
  
SENAMAN LANTAI PELVIC 

Senaman yang biasa coach ajar dan memberi kesan kepada pinggul dan lantai pelvic adalah Stability Glute Ball. Semasa fasa akhir, bertahanlah sekitar 20 sec hingga 1 min. Korang akan dapati seluruh bahagian paha belakang, pinggul bergetar untuk mengimbangi badan. Sekian. 
 

Sumber foto : https://www.youtube.com/channel/UCAPjKdVchxWQkADv6vp05Lw



  
 


 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 CARA LEMAK DIBAKAR

KEPIT KETIAK TEGANGKAN PAYU DARA

BURPEE CEPAT JADI KURUS?