80% DIET 20% SENAMAN
DIET ATAU SENAMAN PENTING?
Rumus 80% diet dan 20% senaman ini terbit dari pecahan kalori yang mesti dibakar atau dikeluarkan dari tubuh setiap minggu. 80% diet bermaksud 6160 kalori atau kira-kira 880 kalori pengurangan setiap hari dalam seminggu.
7700 kalori dikurangkan atau
dibakar dari tubuh
seminggu membolehkan anda kurang
1 kilogram berat.
20% senaman pula bersamaan 1,540 kalori atau kira-kira 220 kalori setiap hari anda bersenam atau beraktiviti. Maka jika anda mengambil pendekatan 80% diet dan 20% senaman, anda perlulah berdisiplin menjaga diet kerana 6160 kalori defisit mesti datang daripada diet. Sementara senaman bolehlah dilakukan secara tidak serius, contohnya sekadar berjalan 22-30 minit. Mudahkan?
Ya mudah bagi mereka yang merasa senaman menyakitkan. Tetapi cara ini tidak mudah bagi mereka yang kuat makan!. Kaedah ini gemar dilakukan oleh wanita yang sibuk, bekerjaya, tidak fit dan lain2.
"You can lose weight without exercise,
but you cannot lose weight
if your nutrition counteracts
your energy expenditure through exercise,"
Matheny says.
.DIET NO.1 ATAU SENAMAN NO. 2
Jadi dalam program kurus coach FTB, tiada istilah diet no1 atau senaman no. 2, dan tiada istilah peratus (%). Tetapi diet dan senaman harus berjalan serentak namun berfasa-fasa.
FASA PERTAMA
Pada fasa pertama, coach lazimnya mengutamakan diet dengan proses detoksifikasi, sementara senaman menfokus kepada cardio endurance bagi tujuan menghilangkan halangan fisiologi. Ertinya 80% bergantung kepada diet 20% bergantung kepada senaman. Maka pada fasa ini diet mesti ketat tetapi senaman santai-santai sahaja kerana hanya 220 kalori perlu dibakar melalui senaman. Sementara korang perlu berdiet dengan mengurangkan kalori makanan sebanyak 880 kalori sehari
Atas kertas memang nampak cantik, tetapi almaklum...orang yg dah kuat makan mesti tewas dan tak mampu berdiet kerana 80% itu tinggi.Tapi apakan daya...dah korang nak 80% diet 20% senaman...itu sebab pada fasa pertama ini nak atau tidak, jika makan tak dapat dikawal, senaman harus ditingkatkan lebih tinggi dari 20%.
FASA KEDUA
Apabila peserta semakin mantap (fizikal kuat), pada fasa kedua atau pertengahan coach akan menggunakan 60% diet dan 40% senaman. Ertinya, pembakaran kalori dari senaman setiap hari perlu 440 kalori. Sementara pengurangan defisit kalori dari diet perlu 660 kalori sehari. Maka bolehlah makan banyak sikit kerana sudah ada penambahan 220 kalori berbanding fasa pertama.
Disinilah puncanya berat tidak berbuah, jika 440 kalori tidak dibakar melalui senaman setiap hari atau kira-kira 3080 kalori seminggu, jangan cuba-cuba tambah kalori makanan korang. terus kekalkan defisit 660 sehari
FASA KETIGA
Pada minggu terakhir, coach akan menggunakan 50% diet 50% senaman yang bermaksud 550 kalori sehari mesti di keluarkan (Defisit) dari makanan sementara 550 kalori mesti dibakar dari senaman. Yeah!!!! dapat makan banyak!!!. Ya serious...makanlah tetapi ada syaratnya, mesti jaga senaman 'kaw2' pastikan 550 kalori dibakar melalui senaman.
Mengapa kena makan banyak? strategi makan lebih banyak ini bertujuan mengelak plateau kesan starvation mode, stres (psikologi) dan sebagainya. tetapi jika korang tidak mampu bersenam, jangan cuba2 makan banyak. tingkatkan defisit kalori asalkan tidak bawah kadar BMR
ebook puasa dan kurus tulisan coach |
Salah satu petunjuk penting untuk meningkatkan jumlah peratusan senaman adalah berdasarkan peningkatan kualiti mitochondria yang merupakan kilang pembakaran lemak. Sebagai konklusi, ingat diet dan senaman tidak bersifat kekal sebaliknya ia berubah mengikut anda. Sekian
& SENAMAN MUDAH
DALAM PROGRAM KURUS FTB ONLINE.
DAFTAR SEGERA!
Ulasan