AKU & BASIKAL
AKU DAN BASIKAL 10.02.23.01 Hari ini aku set nak menunggang basikal sekitar Putrajaya. Disebabkan ada pesanan beli barang dapur, aku tetapkan perjalanan hari ini menuju Mydin presint 15. Bagus aku suka ada pesanan begini!, sebab aku bukanlah peminat tegar basikal. Disebabkan ada kiriman, bolehlah aku 'tumpang' matlamat itu dan jauhkan jarak kayuhan yang selama ini hanya 12-15km sahaja. Bermula di presint 11, aku mengayuh sepanjang Jalan P11 yang laluannya berbukit kemudian menuruni bukit melintasi Balai Polis Presint 11. Kemudian, membelok ke kiri menuju kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia, Seri Perdana yang berada di presint 10. Sources: Police trying to crack open eight safes in Seri Perdana (nst.com.my) Aku melewati jalan Persiaran Sri Perdana. Sepanjang lalu itu, banyak rumah 'landed' yang besar-besar. "Rumah besar, orangnya pun mesti berjiwa besar", kata hatiku. Presint 10 tak asing bagi aku kerana ada 2 orang 'besar' yang aku kenal tingg...