19 TIPS KURUS PALING CEPAT KURUS
Terlalu banyak tips-tips kurus dihidangkan kepada anda sehinggakan faktanya meragukan. Namun tips yang coach hidangkan ini adalah berdasarkan pengalaman mengendali dan melatih peserta didalam program Follow the Beat 'Just Follow n Slim'. Tips-tips ini merupakan jawapan bagi persoalan mereka.
1. Tidurlah Dengan Kualiti
Tidur amat penting untuk kurus. Ketika tidur semua sistem tubuh 'direhatkan' dan organ terpenting kurus yang harus direhatkan adalah hati (liver). Maka tidurlah awal. Sebaik-baik tidur adalah selepas waktu isya'.
Sumber foto : https://www.webmd.com/cancer/ss/ slideshow-liver-cancer-guide |
2. Henti Gula Ringkas
'Gula' tiada faedah melainkan memberi rasa manis dan menambah kalori intake. Ramai orang keliru dengan gula sehinggakan roti menjadi keutamaan berbanding nasi. Apabila gula ringkas diambil hormon insulin akan dikeluarkan dengan banyak, dikala itu proses pembakaran lemak menjadi perlahan.
SIBUK. TIADA MASA BERSENAM?
SIBUK. TIADA MASA BERSENAM?
KLIK FOTO INI UNTUK MENYERTAI
PROGRAM KURUS FTB ONLINE
3. Banyakkan Sayur Hijau
Sayur hijau baik untuk darah kerana kaya dengan vitamin B, zink dan iron. Maka pengambilan yang betul, boleh merancakkan proses penguraian tenaga (pembakaran). Vitamin B banyak terlibat ketika tubuh menggunakan system tenaga aerobic (didalam Citric Cycle).
Sumber foto : https://www.simplyrecipes.com/recipes/spinach/ |
4. Detoks Pra latihan
Detoks adalah proses nyah toksid atau bahan yang tidak diperlukan tubuh bagi melancarkan sistem tubuh. Perkara 1-3 diatas adalah sebahagian aktiviti detoks. Detoks paling berkesan adalah BERPUASA.
Mekanisma 'stres' yang wujud ketika berlapar sepanjang berpuasa akan merangsang fungsi sistem tubuh. Detoks bukan bererti mengambil makanan yang asidik seperti lemon, limau, cuka dan lain-lain. Detoks bertujuan memastikan darah berada pada PH yang sedikit alkali.
5. Bina Jadual Makanan
Bina jadual makan bertujuan memudahkan perancangan dan mengurus pemakanan. Dari jadual ini, bolehlah anda membeli keperluan memasak dan bersedia didalam bekas-bekas yang ditanda mengikut hari. Waktu makan yang perlu diawasi adalah pagi dan malam. Jadikan breakfast with low carb and high booster.
6. Bina Jadual Senaman
Tetapkan FITT anda iaitu berapa kekerapan seminggu? Berapa intensitinya? Apakah jenis atau kaedah senaman? dan yang terakhir durasi yang diperlukan. Kesemua ini penting bagi merangsang aktiviti fisiologi tubuh.
7. Mulakan Senaman dan kawal pemakanan
Senaman bertujuan membakar kalori, pemakanan pula bagi mengurangkan kalori masuk. Apabila kedua-dua elemen ini dikawal, matlamat kurus akan berjaya dicapai. Kata orang 80 % disumbangkan oleh pemakanan dan 20% disumbang oleh senaman. Bagi saya. 50-50. Keduanya perlu seimbang.
TAK TAHU CARA SENAMAN DAN DIET?
PERLUKAN BIMBINGAN PROFESIONAL?
KLIK FOTO INI DAN SERTAI PROGRAM KURUS FTB ONLINE
8. Pendekkan Kardio
Elak senaman kardio melebih 15 minit diperingkat awal (minggu 1) kerana keupayaan otot kaki masih lemah. Juga, mengurangkan rasa terbeban kerana aktiviti berjoging dan seangkatan dengannya amat menjengkelkan bagi golongan obes.
9. Banyakkan REPS
REPS bererti ulangan bagi pergerakan senaman bebanan. Pada minggu 1 REPS perlu tinggi, minggu ke 2 dan ke 3 sederhana dan minggu ke 4 atau terakhir REPSnya perlu sedikit.
10. Elak Buah Ganti Sayur
Sungguhpun buah mengandungi vitamin yang diperlukan, kebanyakkan buah turut mengandungi tinggi gula ringkas (fructose). Maka jika ingin vitamin, sayuran adalah galang ganti terbaik!.
Avocado mempunyai lemak baik yang tinggi. Ia bagus diambil pada waktu pagi Sumber foto : https://www.medartsweightloss.com/blog/ 2017/8/8/10-foods-high-in-vitamin-b |
11. Utamakan Kukus dari Rebus .
Semakin tinggi dan lama makanan dikenakan api (haba masakan) semakin tinggilah zatnya hilang!. Paling baik basuh-basuh makan (bagi sayuran dan buah sahaja).
sumber foto : https://www.simplyrecipes.com/recipes/steamed_broccoli/ |
12. Kualiti Bukan Kuantiti
Konsep saya ini bertentangan dengan mainstream. Kebanyakkan kita makan ikut kalori. Bagi saya kalori tidak penting tetapi zat lebih penting. Alasannya, konsep asas kurus adalah mengurangkan kalori input ertinya kurangkan makan. Apabila kalori input berkurangan, tubuh pastinya akan menggunakan kalori simpanan (kalori dari lemak yang tak digunakan).
Kurangkan makan adalah caranya namun jangan sampai gastrik dan stress. Teknik ini perlu diaplikasi secara beransur-ansur. |
13. Lama Bukan Laju (Kardio).
Senaman adalah rehabilistasi fizikal. Ia bertujuan 'membetulkan' sistem tubuh yang telah sebati dengan cara salah. Memanjangkan waktu senaman bereri memanjangkan waktu pemulihan sistem tubuh. Point ini tidak bertentangan dengan point 8 kerana jangkamasa senaman perlulah dinaikkan dari semasa kesemasa. Pada mingu-mingu awal setlah 15 min...tetapi seterusnya perlulah dipanjangkan.
14. Sederhana Berat Bukan Terlalu Berat (bebanan)
Senaman bebanan adalah penting!. Ia tidak menyebabkan anda menjadi 'bulky' sebaliknya dengan bebanan sederhana mampu meningkatkan jumlah mitochondria. Perubahan fisiologi ini, akan menyebabkan proses pembakaran tenaga menjadi semakin cekap.
SERTAI PROGRAM KURUS FTB ONLINE
KLIK FOTO INI UNTUK MENDAFTAR
15. Raikan makanan
Nafsu juga harus dirai, tetapi dalam konteks yang betul kerana kita bukan malaikat. Lakukan dengan menetapkan satu hari dalam seminggu atau dua minggu 'cheating day' atau 'hari raya' (berdasarkan kemampuan anda). Perjalanan kurus perlu realistik, bukan fantasi!.
16. Kawal Marah dan Stres
Tekanan akan mengundang lambakan hormone cortisol. Keberadaan hormon dalam jangkamasa panjang didalam didalam darah akan mengundang cushing syndrome.
INGIN TIPS KURUS? SERTAI PROGRAM KURUS FTB ONLINE SEKARANG
ANDA AKAN DIBANTU SEHINGGA BERJAYA
KLIK FOTO INI
17. Minum air berpada-pada
Air banyak atau sikit memberi kesan kepada tubuh. Indicator paling senang untuk menilai tahap cukup air dalam badan adalah dengan menilai warna air kencing. Pekat kuningnya bererti kurang air!. Putih warnya bererti banyak minum. Warna teh nipis...tanda well done.
Air adalah elemen penting untuk kurus kerana terdapat molekul Hidrogen dan oksigen. Sumber foto : https://blog.docsapp.in/ the-right-amount-water-intake-and-urine-output/ |
18. Tengok Tahi!
Perhatikan perubahan tahi anda dari aspek rasanya, baunya dan warnanya. Rasanya sepatutnya lembut bukan cair (cirit). Apabila ia keluar perlulah berbentuk silinder. Baunya tidak keterlaluan dan warnaya tidak hitam!. Warna yang baik adalah coklat kekuningan. Mengapa tahi? Sebab, ia menunjukkan tahap prestasi system pencernaan anda. Apabila ia ok, maka penyerapan khasiat lebih cekap.
19. Solat dan Zikir
Solat adalah terapi fizikal, mental, emosi dan spiritual. Dengan kata lain ia mampu mengimbang dan menyelaras aktiviti hormon. Saya selalu menyarankan agar didahulukan solat diikuti senaman, pengaruhnya yang cukup luar biasa.
Buku ini baik diberikan kepada ibu ayah. Ia banyak mengupas tentang faedah solat kepada sendi, otot dan tulang |
Sujud contohnya dapat mengurangkan stress apabila tekanan gravity mendorong aliran darah tinggi oksigen tertumpu dibahagian frontal. Ruku contohnya boleh realignment tulang belakang dan meningkatkan keanjalan otot hamstring. Semua faedah ini hanya boleh dinikmati apabila solat itu khusyuk dan sempurna. Sekian.
Ulasan