AKU & BASIKAL

AKU DAN BASIKAL 10.02.23.01

Hari ini aku set nak menunggang basikal sekitar Putrajaya. Disebabkan ada pesanan beli barang dapur, aku tetapkan perjalanan hari ini menuju Mydin presint 15. Bagus aku suka ada pesanan begini!, sebab aku bukanlah peminat tegar basikal. Disebabkan ada kiriman, bolehlah aku 'tumpang' matlamat itu dan jauhkan jarak kayuhan yang selama ini hanya 12-15km sahaja. 

Bermula di presint 11, aku mengayuh sepanjang Jalan P11 yang laluannya berbukit  kemudian menuruni bukit melintasi Balai Polis Presint 11.  Kemudian, membelok ke kiri menuju kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia, Seri Perdana yang berada di presint 10. 



Aku melewati jalan Persiaran Sri Perdana. Sepanjang lalu itu, banyak rumah 'landed' yang besar-besar. "Rumah besar, orangnya pun mesti berjiwa besar", kata hatiku. 
Presint 10 tak asing bagi aku kerana ada 2 orang 'besar' yang aku kenal tinggal disitu. Satu ketika dulu, mereka sering  panggil aku ke kediaman mereka  untuk khidmat sport massage dariku. Tapi kini, mintak maaf, aku dah tak 'outcall'. Nak urut datang dipresint 9.



Selepas beberapa kilometer melewati Sri Perdana, kelihatan Puspanitapuri di sebelah kiri jalan. Pada tarikh 07.02.2023 buat pertama kali dalam sejarah, perhimpunan PM bersama kakitangan kerajaan telah diadakan disitu menggantikan cara lama di JPM berhimpun ditengah terik mentari.  


Sumber : Majlis perhimpunan JPM diadakan dalam dewan tertutup, bukan lagi di kawasan terbuka (malaysiagazette.com)

Kayuhan diteruskan melalui Lebuh Perdana Barat. Disitu aku melintasi tasik Putrajaya, melalui Jambatan Seri Perdana sepanjang 370 meter. Kemudian menempuh 'roundabout' terbesar didunia untuk menuju Mydin di Presint 15. 
 
Sumber : (22) World's Largest Roundabout - Putrajaya, Malaysia - YouTube


Tiba di mydin aku segera beli barang yang dikirim. Selepas itu, makan pisang yang dibeli  disiar kaki Mydin. Awalnya nak layan sarapan di kedai mamak berhampiran, tapi aku decide makan pisang kerana itu lebih baik untuk kesihatan.  Selepas itu, aku pun mulakan kayuhan pulang melalui jalan lain. 
  


Berbasikal ini bagiku baik untuk kesihatan, terutama jantung dan kaki. Kalau korang nak kecilkan paha dan lain-lain, jangan buang masa dengan cara senaman berjoging, bersenamrobik dan sebagainya. Cubalah program aku (coach) ni. 

CUBALAH PROGRAM KURUS COACH INI




Dalam jarak 28 km pergi dan balik, paha aku taklah rasa nak meletop, ok jer malah aku rasa lebih hepi berbanding rutin jogging dan running aku sebelum ini sebab faktor kecederaan, 

Sampai jumpa lagi...


 


 
 

 





 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 CARA LEMAK DIBAKAR

KEPIT KETIAK TEGANGKAN PAYU DARA

BURPEE CEPAT JADI KURUS?