Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2024

APA ITU DIET

Imej
Mengapa kita selalu rasa terseksa bila diet? Mengapa diet tidak konsisten berdispilin? Barangkali sebab tak faham. Jadi posting kali ini coach akan mengupas APA ITU DIET supaya akhirnya kita tahu tujuan dan matlamat kita berdiet.  Sumber foto :  diet low carb - Search Images (bing.com) APA ITU DIET? Diet bermaksud rancangan pemakanan atas tujuan tertentu seperti menurunkan berat badan dan mengawal kesihatan (1). Justeru, seseorang yang berdiet itu akan menghadkan sesuatu makanan (nutrisi) bagi mencapai tujuannya. INGIN COACH PANTAU DIET SAMPAI KURUS? HANYA RM75 UNTUK 60 HARI PROGRAM LENGKAP. DAFTAR SEKARANG TEMPAT TERHAD DIET ASAS Sebelum pergi lebih jauh, moleknya kita harus tahu asas diet terlebih dahulu, agar tak sesat dan ada dasar pemahaman yang kuat.  Diet asas terdiri daripada komponen penting yang menggalakkan kesihatan  keseluruhannya. Walaupun keperluan diet individu mungkin berbeza-beza, prinsip-prinsip asas tetap konsisten dan diet asas ini digelar seba...

KEPIT KETIAK TEGANGKAN PAYU DARA

Imej
Ala sujud je kan….No! No..No.. kalau anda beranggapan begitu, telahan itu 100% meleset  kerana Allah SWT telah menegaskan setiap ciptaannya tidaklah diadakan dengan sia-sia . Cuma kita je yang tak tahu. Justeru kali ini coach nak kongsikan mengapa perempuan harus menutupkan ketiak ketika sujud berbanding lelaki. BEZA DADA LELAKI DAN WANITA Bezanya payudara. Namun asasnya sama, di dada tersebut terdapat otot dada yang dikenali sebagai pectoralis major dan minor yang berfungsi untuk menggerakkan tangan. Namun untuk wanita, otot pectoralis major mempunyai fungsi tambahan iaitu menyokong payudara melalui pectoral fascia.   NAK KURUS? JOM BELAJAR, PANTAU DIBIMBING SAMPAI KURUS  DALAM 60 HARI PROGRAM KURUS FTB ONLINE SENAMAN DADA Bagi seorang yang kaki gym, mereka akan melakukan latihan dada untuk membentuk dan mencantikkan dada dengan melakukan chest press dan cable chest fly . Setiap aktiviti ini memberi kesan tertentu di bahagian-bahagian dada yang dipecahkan kepada dada a...

APA KENA MENGENA STRES DENGAN GEMUK?

Imej
"Apa kena mengena stres dengan gemuk?  Kemon-lah  coach ".  Itu antara persoalan yang dilontarkan ramai orang kepada coach. Serius! memang ada kena mengena. Sebab itu  korang  tak kurus-kurus terutama mereka yang sibuk dan sukar mendapat masa yang ideal untuk bersenam. Dan sebabkan itu juga coach sediakan program  FTB ONLINE  yang boleh memudahkan korang. Bila-bila pun boleh training.  KLIK SINI  UNTUK MENYERTAI PROGRAM  KURUS SECARA ONLINE Sumber foto :  https://antranik.org/adrenocorticotropin-hormone-acth-including-cortisol/ TINDAKBALAS STRES Apabila stres muncul, apa yang berlaku didalam tubuh sebenarnya terdapatnya lebihan hormon cortisol . Hormon ini terhasil dari beberapa siri tindakbalas hormon yang bermula dari Hypothalamus .  Stres yang menimbulkan gejala 'pening' 'bimbang' telah menghantar signal kepada Hypothalamus untuk mengeluarkan  Corticotropin (CRH) .  CRH ini kemudiannya merangsang Ad renocorticotrop...