ORANG PAKAI BENGKUNG KITA PAKAI JUGAK

 


Orang pakai kita pakai. Orang kurus kita tak kurus, bertambah sakit lagi ada…lah. Tak salah pakai bengkung tetapi salahnya dari sudut kaedah dan matlamat pemakaian. Jadi posting kali ini coach akan kongsikan salah faham pemakaian bengkung


BENGKUNG


Bengkung tu apa?. Bengkung tu cakap omputih waist girdle ,Corset , waist band. Terdapat 2 jenis bengkung iaitu bengkung abdomen yang khusus membaluti kawasan tengah badan abdomen (perut) dan bengkung penuh yang membaluti dari bawah dada hingga pinggul. 


TUJUAN KEGUNAAN 



PERUT BUNCIT? NAK KURUS?  
DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA SEKARANG
<KLIK SINI >


Tujuannya hanyalah satu untuk menjaga keselamatan dan kesihatan tubuh dari cedera. Semasa berpantang bengkung digunakan untuk mengawal gegaran pada organ peranakan, mengawal gegaran usus dan perut sistem tulang rangka yang masih lemah dan lembut disamping memberi ‘signal’ kepada si pemakai jangan bergerak secara cepat dan lasak kerana tubuh masih lemah. 


Semasa bersenam boleh tak pakai bengkung? Boleh! tetapi bukan bengkung bersalin atau bengkung corset tetapi tali pinggang yang bersifat bengkung. Semasa bersukan terutama melibatkan free weight dan terutama aktiviti squat, deadlift, shoulder press dsbnya, ‘bengkung’ sekali lagi berfungsi untuk menjaga keselamatan tulang belakang dari tergelincir yang boleh menimbulkan risiko slipped disc. 



BENGKUK MEMBAKAR LEMAK?



Timbul persoalan adakah bengkung boleh digunakan untuk membakar lemak dan merampingkan badan. Jika orang yang guna bengkung sedia gemuk buncit penggunaan bengkuk untuk membakar lemak adalah sia-sia. Bagi tujuan menyembunyikan lemak mungkin praktikal untuk kegunaan jangkamasa singkat tetapi tidak sesuai untuk jangkamasa  lama kerana tekanan yang wujud akan memberi kesan negatif kepada sistem dan organ badan seperti gangguan asid refluk, sukar bernafas, kekejangan, stres tulang dsbnya. 



Bagi yang sedia kurus, penggunaan bengkung bertujuan untuk menegapkan (mengelokkan) potongan badan, meningkatkan keyakinan dalam masa yang sama sekali lagi, amat bagus untuk menjaga postur badan (keselamatan tubuh). Ingat bengkung tidak membakar lemak!. Titik. 


PERUT BUNCIT? NAK KURUS?  
DAPATKAN KONSULTASI PERCUMA SEKARANG
<KLIK SINI >


Rujukan : 

Bahaya Rupanya Pakai Bengkung Setiap Hari, Doktor Ini Dedah Boleh Rosakkan Organ Dalaman - Rapi


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 CARA LEMAK DIBAKAR

KEPIT KETIAK TEGANGKAN PAYU DARA

BURPEE CEPAT JADI KURUS?