SENAMAN LUTUT BUAT JEMAAH HAJI
Sakit lutut adalah perkara biasa yang berlaku kepada jemaah haji. Ini disebabkan ibadah haji memang melibatkan lutut untuk melakukan tawaf, wukuf, saie melontar termasuk aktiviti-aktiviti fizikal yang lain. Justeru posting kali ini coach kongsikan kaedah senaman untuk menguatkan lutut.
LUTUT DAN TAHAP KESAKITAN
Bukan semua sakit lutut boleh diselesaikan dengan senaman tetapi kebanyakannya boleh dipulihkan dengan senaman. Antara yang tidak boleh adalah yang terlalu complicated atau terlalu kronik yang bukan sahaja melibatkan otot malah melibatkan ligamen dan tulang rawan. Antaranya seperti meniscus. Jika grade 1 dan 2 bolehlah senaman membantu, tetapi jika grade 3, agak sukar dan memerlukan beberapa langkah yang spesifik.
Meniscal tear grading. The schematic diagrams on the top depict... | Download Scientific Diagram |
SENAMAN KUATKAN LUTUT UNTUK JEMAAH HAJI
Selain ligamen, kekuatan lutut banyak disokong oleh tendon yang berada di lutut. Justeru berdasarkan modul program Fit Hajj disini coach kongsikan sebahagiannya. Untuk mengelak sakit lutut atau lemah lutut, jemaah haji disarankan melakukan half squat. Foto dibawah adalah contoh bagaimana coach mengajar pesakit yang mengalami sakit tempurung lutut (pateller tendonitis). Caranya adalah :
Duduk dihujung kerusi, kaki dibuka seluas bahu, condongkan badan ke hadapan dan berdiri. |
Half Squat ini membina ketahanan dan kekuatan otot quadricep terutama di kawasan quadriceps tendon dan patellar tendon. Ia juga memberi kesan yang baik kepada otot hamstring terutama biceps femoris short head terutama dilakukan secara perlahan ketika ending. Apabila kedua-dua otot ini kuat, keupayaan berjalan meningkat, aktiviti menaiki dan menuruni tangga menjadi mudah.
Ketika melakukan Half Squat, ketegangan akan dirasai di lokasi X
Namun banyak lagi bahagian lutut yang perlu dikuatkan seperti di sebelah tepi luar dan dalam lutut untuk mengelak sakit ketika menunaikan ibadah haji. Disarankan anda menyertai program Fit Hajj untuk memahami persediaan jasmani dengan betul.
Ulasan