ALLAH ITU TUHAN. TUTUP AURAT, LEMAK CEPAT DIBAKAR
Bolehkah bersenam dengan pakaian menutup aurat mempercepatkan pembakaran lemak sekaligus memudahkan proses kurus?. Jawapannya ya tetapi mesti faham konsepnya. Dengan menutup aurat ketika bersenam akan berlakunya peningkatan thermogenesis. Keadaan ini mendorong kapilari darah di bawah permukaan kulit mengembang atau dikenali sebagai vasolidation.
Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa terlihat daripadanya. Hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya…” Surah An-Nur (24): Ayat 3
Vasolidation ini akan memberi banyak faedah kepada tubuh termasuk pembakaran lemak. Semasa kapilari darah mengembang, darah yang membawa oksigen lebih banyak dan lebih mudah memasuki sel lemak. Ini kerana berlakunya peningkatan histamin yang membuka 'pintu' untuk ke sel.
Namun, sebagaimana yang coach katakan diawal tadi, perlu fahami konsepnya. Pemakaian seharusnya longgar bagi mengurangkan tekanan dan sekatan aliran darah. Kain, perlulah jenis yang ringan supaya tidak menyukarkan pergerakan. Perlu minum air dengan kerap dan amalan prosedur senaman yang betul.
Jika begitu bagus menutup aurat untuk pembakaran lemak, mengapa terlalu ramai ingin 'berbogel' sedangkan perintah Allah itu penuh kebaikan?. Sekian.
PADA BULAN 11.2025
Ulasan