4 TIPS ATASI PERUT BUNCIT
"Dah berapa bulan tu. Ada 7 bulan?".
Orang MELAYU ni memang ramah. Ramahnya tak masuk akal. Ada ker perut kita yang slim ni dikatakan mengandung. Choi!. Cermin mana cermin!. Meh akak nak tengok tang mananya mengandungnya tu. Siapa yang kata akak 'mengandung' tu tadi? Akak nak korek biji mata dia. huh!
http://investvine.com/malaysians-are-southeast-asias- fattest-but-vietnam-is-catching-up-fast/ overweight-in-southeast-asia/ |
Pertama akak jangan sedih. Sedih tak akan kuruskan akak. Tukar saiz baju, guna teknik make up yang boleh runcingkan pipi, pose sanget-senget masa bergambar, itu hanyalah nak bagi sedapkan ati je. Perut buncit akak tu tetap maintain. Tetap kukuh disitu. Sekarang, meh coach kongsikan 4 tips atasi perut buncit melalui diet.
1. MAKAN ANTIOKSIDAN
Apa binatang antioxidant tu? Ini bukan binatang kak ini adalah istilah makanan yang boleh melambatkan pengoksidaan. Mudahnya, yang boleh menjaga dan memastikan sel tubuh berfungsi dengan baik. Ia kebiasaanya dari kumpulan Vitamin C, beta-carotina dan E. seperti oren, timun, terung, bunga kobis dsbnya. Simple je, kalau kak ke pasar cari je sayur atau buah-buahan yang berwarna ungu, biru, merah, oren dan kuning.
https://foodrevolution.org/blog/purple-vegetables/ |
2. MAKAN BAKTERIA BAIK
Jangan akak ingat bakteria tu binatang jugak tau. Bakteria ni ada jenis baik dan jenis jahat. Yang baik akan 'memakan' bakteria jahat lalu meningkatkan kecekapan sel perut dan usus kecil untuk menyerap nutrisi yang dimakan. Bakteria baik ini selalu didapati pada makanan yang diperam seperti kefir.
PREORDER SEKARANG
DAPATKAN FREE TRAINING KURUS
3. MAKAN FIBER
Ada 3 kebaikkan makan fiber. Pertama ia mengenyangkan, jadi akak akan kurang bergantung pada karbohidrat ringkas. Kedua ia terlibat dalam proses pengawalan kolesterol didalam darah dan ketiga, fiber akan memudahkan proses berak. Huh!. So apa kena mengena dengan perut buncit?. Fiber bukan magic tools, lepas makan terus kurus. Tidak!. Fiber akan bertindak balas bila akak amalankan secara berterusan. Kesimpulannya fiber akan mengurangkan rintangan perut.
https://www.stylecraze.com/articles/amazing-foods-that-are-rich-in-fibre/ |
TONTON VIDEO INI
JANGAN LUPA SUBSCRIBE
4. KAWALLAH YANG BERLAWANAN
Semua point yang coach gariskan diatas tu (1-3) adalah berkaitan sistem pencernaan aka digestive system yang melibatkan perut dan usus kecil. Jadi gaya hidup yang berlawanan dengan 3 perkara diatas seperti tidur lewat, makan malam lambat, makan banyak processing food, banyak karbohidrat ringkas, banyak gula (manis-manis) dan tinggi garam hendaklah dicegah kerana akan mengundang gemuk sekaligus buat perut buncit. Sekian.
SERTAI 3 PROGRAM KURUS TERBAIK
COACH SUFIAN.
<KLIK FOTO>
Ulasan