PENTING SANGATKAH SARAPAN?

 MENGAPA SARAPAN PENTING

Mengikut amalan yang baik untuk kurus, kita disarankan makan malam  diantara jam 7 malam hingga 8 malam. dan perlu bersarapan pada keesokkannya pada jam 7 - 8 pagi. Saranan  ini sebenarnya bertujuan mengelakkan berlakunya lambakan ketoacid yang mengakibatkan terhasilnya banyak bahan buangan yang akan menjejaskan hati dan buah pinggang, kehilangan densiti otot, kerapuhan tulang, pengumpulan lemak dll.  

Apabila kita tidak bersarapan melebihi 12 jam kadar gula (glycogen) didalam hati akan berkurangan sehingga berbaki 1/2 atau lebih (bergantung apa yang dimakan dan waktu bila dimakan pada malam semalam)

Jika pada sebelah paginya kita melakukan kerja yang berat seperti senaman aerobik, bebanan atau bekerja menggunakan fizikal atau aktif, kadar glycogen (karbohidrat) akan semakin berkurangan dan ini menyebabkan tubuh mula menggunakan lemak untuk menggantikan kekurangan glycogen (karbohidrat) tersebut bagi menyediakan tenaga. Apabila lemak menjadi sumber tenaga maka terhasillah banyak ketoacid. 

  



Tetapi tahukah anda, penghasilan ketoacid ini sebenarnya bagus, kerana keberadaan ketoacid telah menunjukkan lemak (triglyceride) telah terurai kepada fatty acid untuk bersedia dibakar. Mudahnya, semakin ketoacid tinggi, semakin banyaklah sel lemak diurai untuk dibakar sebagai tenaga. 


Jadi coach bersetuju pentingnya sarapan untuk menghindar masalah kesihatan yang dinyatakan diatas.  Namun coach juga bersetuju untuk skip sarapan kerana ia akan meningkatkan ketoacid yang merupakan salah satu cara untuk membakar lemak. Namun skip sarapan ini harus dilakukan dengan teliti dan betul bagi merangsang pembakaran lemak melalui proses yang betul dan selamat. Bagaimana? Baca lanjut dibawah...


CARA BERSARAPAN UNTUK KURUS 

Caranya, skip sarapan, bersenam dan selepas itu ambil minum pagi jam 9.00 - 10 pagi dengan karbo kompleks dari bijirin secara sedikit hingga sederhana. Serta ambil daging atau telur atau susu secara sederhana untuk mendapatkan vitamin dan mineral. Jika sebelum senaman rasa lapar atau lesu, makanlah sebiji buah-buahan (epal, kurma) untuk mengimbangi kekurangan glucose dalam darah*. 

Ertinya, coach tidak menggalakkan tidak makan langsung sehingga ke tengahari (1 petang) tetapi, dengan cara ini, coach menyarankan anda menyegerakan minum pagi bagi mengganti sarapan untuk mengelak situasi ketoacid yang terlalu tinggi dalam masa yang sama memanfaatkan ketiadaan karbohidrat kesan 12 jam tanpa makanan.  Maka terhasillah pembakaran lemak yang efisyen!. 

Teknik ini adalah kaedah metabolik yang dipanggil gluconeogenesis dimana syarat utamanya harus kurang karbohidrat, mesti mengambil protien, vitamin dan mineral dan bersenam atau aktifkan diri diantara 70-80% daripada MHR sekurang-kurangnya 30 minit. Selanjutnya ketika makan tengahari dan malam teruskan kawal karbohidrat (suku sahaja setiap hidangan) dan pastikan pelbagai dengan protien (ikan, telur, ayam) dan vitamin (sayuran) . Itu jer :) Sekian. 


NAK KURUS SIHAT?
HANYA RM75 UNTUK 60 HARI PROGRAM. DAFTAR SEKARANG. TEMPAT TERHAD.

*Awas!, cara ini hanya sesuai diamalkan oleh mereka yang tidak mempunyai masalah hipoglesmik dan tekanan darah rendah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 CARA LEMAK DIBAKAR

KEPIT KETIAK TEGANGKAN PAYU DARA

BURPEE CEPAT JADI KURUS?