DAH DIET, DAH SENAMAN... TETAPI BERAT TAK TURUN JUGAK!


Menimbang berat badan memang salah satu cara untuk monitor progres penurunan berat badan, tetapi menimbang berat bukanlah indikator yang tepat kerana boleh jadi berat otot meningkat, cecair tubuh bertambah sementara lemak sudah mengecil, lalu berlakulah berat tetap sama dan tidak berubah. Malah kadang-kadang melonjak semakin berat. Namun, hakikatnya komposisi tubuh telah berubah dan ternyata situasi ini sangat baik!. 


"Timbang jer tak turun, 

timbang jer sama, 

dah tak tahu nak diet apa dah....uh"


2 elemen diet yang perlu diberi perhatian jika
berat tidak turun


"Berat bertambah sangat baik!?"

"Ya, jika dilihat berdasarkan komposisi tubuh. Dalam program kurus FTB Online biasanya berlaku pada fasa transisi pertama iaitu pada minggu ke 3 dan 4". 


Tapi katakanlah berat memang tak berubah disebabkan lemak tidak terbakar, maka apakah puncanya dan bagaimana nak atasi? Terdapat 3 punca utama yang mempengaruhi progres penurunan berat. Kesemuanya soal kualiti terhadap diet, senaman dan gaya hidup


Semua orang bersetuju dan meletakkan pengaruh diet lebih besar daripada bersenam dalam lingkungan 80% - 20%, sementara coach bersetuju pada kertas tetapi pada praktikal tidak berapa bersetuju (Rujuk artikel 80% Diet 20 % Senaman ). 


NILAI SEMULA DIET

Katakan diet punca berat tidak turun, jadi perhalusi 2 perkara ini iaitu jumlah kalori masuk dan apakah nutrisi yang dimakan. 


Bagaimana mengira kalori?

 Ketahui selok beloknya dalam program kurus 

FTB ONLINE 


Memastikan jumlah kalori masuk tidak melebihi keperluan (tidak melebihi DCR) dan tidak rendah dari (kurang dari BMR) amat penting kerana dengan DCR yang tepat kalori dari makanan yang dimakan akan dibakar bersama kalori yang tersimpan lama ditubuh. Nutrisi yang betul pula memastikan proses metabolisma berjalan dengan baik dan berkesan. tanpa nutrisi betul seperti kekurangan vitamin C dan Iron sistem metabolisma akan menjadi lembab.


Untuk kurus, DCR mesti ditolak
supaya kurus dapat dicapai.




SEMAK SEMULA SENAMAN

Katakan pula Senaman punca berat tak turun, lalu ada 2 perkara yang perlu dilihat semula adalah intensiti senaman yang dilakukan dan frekuensi senaman yang dibuat dalam seminggu. Rata-rata yang mengalami berat badan tidak berubah ini melakukan senaman kardio dengan intensiti yang rendah dan tidak dinamik. Juga, langsung tidak melakukan aktiviti bebanan atau kesilapan menetapkan bebanan, set dan ulangan. Dalam seminggu pula frekuensinya atau kekerapan bersenam hanyalah 1-3 kali yang merupakan kadar minima paling minima untuk membakar lemak.


Bagaimana nak set intensiti dan frekuensi senaman kurus ?

 Ketahui selok beloknya dalam program kurus 

FTB ONLINE 


SERTAI PROGRAM INI SEKARANG!
BELAJAR DIET & SENAMAN SAMPAI KURUS



PERHATIKAN GAYA HIDUP  

Dan terakhir, jika berat tak turun semaklah gaya hidup dari aspek stres,  kualiti tidur dan cara diet anda.  Jika anda mengalami stres kerja yang panjang, itu tidak bagus kerana mengundang Cushing Syndrom (Rujuk video Stres Punca Gemuk). Jika tidur lewat sehingga menjejaskan deep sleep cepatlah ubah kerana kedua perkara ini mempengaruhi tindak balas hormon dalam tubuh. Jika diet tidak teratur, kualiti nutrisinya tidak bagus dan tidak seimbang, ubahlah kerana itu semua boleh merencatkan metabolisma. 

Sekian. 






 


 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 CARA LEMAK DIBAKAR

KEPIT KETIAK TEGANGKAN PAYU DARA

BURPEE CEPAT JADI KURUS?