IKUTLAH PLAN JANGAN UBAH!
Apabila korang telah menetapkan berapa jumlah kalori output dan berapa jumlah kalori defisit seharusnya tetaplah pada plan itu, jangan ubah!. Setiap kali korang ubah setiap kali itulah JUMLAH KALORI OUTPUT yang disumbangkan dari SENAMAN dan DIET akan terjejas.
Itulah yang berlaku kepada ramai orang yang gagal kurus. Apabila coach telah menetapkan mod, metod jangkamasa, intensiti, kekerapan senaman jangan diubah! kerana ia akan mengubah JUMLAH KALORI OUTPUT DARI SENAMAN.
Senaman yang dihantar oleh peserta dan dipantau oleh coach |
SERTAI KELAS KURUS PERCUMA
KLIK FOTO DIBAWAH
Sementara dari aspek diet, ramai yang mengubah dari JUMLAH DEFISIT KALORI yang telah ditetapkan oleh coach dengan mengambil BAWAH BMR dengan anggapan semakin sedikit makanan dimakan semakin cepatlah kurus. Ini salah total!. jangan diubah!
Apabila jumlah kalori yang hendak dikeluarkan
telah ditetapkan seperti 275 kalori dari senaman 275 dari diet menjadikan jumlahnya 550 kalori sehari.
Jika korang tidak mengubahnya selama seminggu, nilainya bersamaan 550 kalori x 7 hari = 3850 kalori seminggu.
Dengan pengurangkan 3850 kalori ini korang akan dapat menurunkan berat badan sebanyak 500 gram dalam seminggu. Jika
4 minggu bersamaan 2 kg. Jika 4 bulan ? Kira sendirilah :)
Tentulah 8 kg.
BAGAIMANA NAK KIRA KALORI INI?
SERTAI PROGRAM KURUS DIBAWAH INI
Jadi, jangan diet gila2 dan jangan senaman gila2 kerana proses kurus yang berjaya bukan gila2 tetapi perlukan konsisten sedikit2. Seperti kira2 diatas tu, 275 kalori dari senaman bukanlah jenis senaman yang gila2 tetapi hanya sekadar berjalan selama 2 jam sehari (1). JANGAN UBAH!. Sekian.
(1)Bergantung pada nilai MET.
Ulasan