METABOLISMA
Mari kita mulakan dengan mengenal apa itu metabolisma. Biasa guna vanding machine tak? Ala...mesin beli air, jajan-jajan masa kat kantin sekolah dulu tu. Ingat tak macam mana nak guna vanding machine tu? Ya kena kecilkan duit sebab vanding machine hanya terima duit kecil saja.
Jadi, itulah analogi metabolisma yang bermaksud mengecilkan atau memecahkan atau menguraikan makanan kepada tenaga. Metabolisma amat besar maknanya. Didalamnya terkandung catabolisma dan anabolisma. Dalam konteks nak kurus perkataan metabolisma yang dimaksudkan oleh kebanyakan sebenarnya adalah catabolisma.Sebab itulah ramai yang berkata, "metabolisma kau rendah sebab tu kau gemuk". Jadi, coach nak kongsikan mengapa metabolisma boleh menjadi rendah dan tinggi.
PENYEBAB TINGGI RENDAH METABOLISMA
Kalau hidup pun adakala senang, ada kala susah...ekonomi pun adakala naik adakala turun begitu jugalah yang berlaku terhadap proses metabolisma. Mesti ada hukum hakamnya. Jika 'demand' menjadi sebab berlakunya peningkatan harga dan 'supply' pula penentu turunya harga, begitulah juga dengan peranan otot, usia, saiz tubuh dan jantina penentu naik turun metabolisma kepada tubuh manusia.
OTOT
Cuba perhati elok-elok, tubuh orang yang kita kata metabolismanya tinggi tu, dari mata kasar mungkin lebih kurang sama tapi bila melihat kepada isipadu ototnya (berat otot) ternyata isipadunya lebih tinggi berbanding lemak. Hal ini ini semakin jelas jika dibandingkan antara lelaki obes dengan perempuan obes yang berdiet dan bersenam. Ternyata lelaki yang mempunyai otot yang lebih berat akan cepat kurus
Bagaimana Nak tingkatkan isipadu otot
sekaligus meningkatkan pembakaran lemak ?
Memang tak dinafikan ada jer perempuan cepat kurus berbanding lelaki, tetapi kebanyakkan mereka kurus kerana kehilangan cecair badan bukan lemak. Apabila BMI berada pada 27-29 kebanyakkan perempuan gagal mencapai berat badan ideal dan berterusan mengalami plateu berbanding lelaki. (Cara Mengatasi Plateu. Tunggu artikel selanjutnya)
USIA
Masa anak dara, makan banyak pun tak jadi lemak. Bila jadi bini orang, makan sikit tup-tup naik sekilo, bajupun makin sendat dan ketat. Itulah yang dinamakan faktor usia telah mempengaruhi metabolisma.
Ketika usia muda, kita memiliki 'jentera' yang tip top. Usus kecil efisyen menyerap nutrisi, sel darah yang segar untuk membawa oksigen, saluran darah yang kenyal untuk mengangkut darah dengan efisyen, hati yang cekap mengatur 'chemical reaction' dan lain-lain lagi. Semua ini menyebabkan metabolisma menjadi cekap. Tapi timbul persoalan, kalau orang muda tinggi metabolisma, kenapa sekarang ni ramai orang muda yang obes ? Bukankah mereka seharusnya kurus kerana metabolisma mereka cekap?
Orang muda secara umumnya sihat tetapi kebanyakkan mereka selalu melanggar hukum hakam biologi tubuh. Hidup dalam stres, waktu tidur yang terganggu, makan tak tentu masa, makan ikut suka, gaya hidup sedentari, amat jarang bersenam dan lain-lain lagi.
Yang dimaksudkan orang muda lebih tinggi metabolismanya berbanding yang berusia hanyalah berpaksi kepada sistem tubuhnya. Jika sebaliknya tentu tabiat negatif telah merosakkan sistem tubuhnya.
SAIZ TUBUH
Apa beza kalau jatuhkan sebiji telur ayam ke lantai dengan sehelai bulu ayam? Tentulah telur ayam pecah... itulah yang hendak coach sampaikan iaitu jika individu besar tinggi dan gemuk bersenam bersama individu gempal (pendek, kecil dan gemuk) tentulah impak metabolismanya berbeza.
Apabila kedua individu berbeza saiz ini bersenam seperti berskipping, ketinggian melompat dan berat tubuh memberi impak graviti yang berbeza. Kesannya, tentulah yang lebih berat melompat mencipta daya graviti yang tinggi menyebabkan kalori dibakar tinggi. Apabila berjoging pula, kadar tekanan kepada otot juga berbeza kesan bukaan sendi yang yang berbeza. Tentulah yang lebih tinggi mempunyai tempoh rintangan yang lama menyebabkan kalori dibakar lebih tinggi berbanding yang pendek.
JANTINA
Lelaki dan perempuan berbeza. Itu hakikat yang harus kita terima. Dalam konteks metabolisma lelaki lebih tinggi kadar metabolismanya berbanding perempuan(1) kerana antara lain lelaki memiliki otot padu (kuat dan tidak lembik). Otot yang tegap ini menyebabkan lelaki mampu melakukan senaman bebanan dan mengambil beban yang lebih tinggi berbanding perempuan. Disebabkan otot yang lembik (kurang kuat) itu, semakin bencilah perempuan untuk melakukan latihan bebanan yang menyakitkan yang akhirnya melembabkan metabolisma tubuh mereka.
Tidak hanya membenci latihan bebanan, disebalik itu juga ramai perempuan percaya diet semata boleh membakar lemak dan kurus...ya coach juga percaya tapi ia hanyalah sebatang jalan yang penuh liku. Ramai yang telah kecundang kerana mereka merasa berat yang turun mendadak itu adalah pengecilan lemak tetapi sebenarnya pengecilan otot dan pengurangan cecair badan.
BELAJAR DIET DAN
SENAMAN KURUS SELAMA 2 BULAN.
SERTAI PROGRAM KURUS
FTB ONLINE SEKARANG
Rujukan :
(1). https://dom-pubs.onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1111/dom.13466
Ulasan