3 PENGARUH RAMADAN UNTUK KURUS
Bila ramadan datang ramai yang pasang niat nak kurus. Niat tu dah bagus!, tapi coach dah tahu dah, setiap tahun skripnya sama saja, niat tinggal niat. Takpa, disebabkan itu, kali ini coach nak kongsikan fakta-fakta 'kepoweraan' ramadan yang boleh buat anda kurus. Jom!
(1) RAMADAN AGEN DETOKS
Ramadan adalah detoks sebenar. Semasa berpuasa, sistem metabolisma terdorong menggunakan lemak yang di simpan di hati. Ini kerana berpuasa secara natural menurunkan kadar gula dalam darah lalu hati menukarkan lemak kepada gula bagi menampung keperluan tubuh. Semakin banyak lemak ditukar kepada karbohidrat (gula) semakin detoks-lah hati kita. Hati yang terhindar dari lemak akan mengingkatkan fungsi hati melakukan proses metabolisma (pembakaran lemak).
(2) RAMADAN ADALAH DIET
Tidak makan dan minum hampir 12-14 jam disiang hari dan makan pada malamnya sebenarnya mirip intermittent fasting yang merupakan satu kaedah diet. Setalah 8 jam berpuasa atau kira-kira jam 2 petang bagi bukan diabetis, kandungan glucose dalam darah akan turun lebih bawah dari 70 mg/dL yang menyebabkan hormon glucagon dirangsang untuk mengelak risiko hypoglisemic sekaligus menyebabkan lemak dibakar dengan banyak.
![]() |
Puasa menyebabkan kita makan 2 kali sehari. Berlapar dalam jangkamasa lama menyebabkan sistem metabolik diperbaiki semula secara semulajadi. |
(3) RAMADAN MEMUDAHKAN SENAMAN
Puasa sebenarnya tidak menggalakkan sesorang bersenam secara intense kerana dehirasi (kekurangan cecair badan). Jika diteruskan ia akan membuka ruang kecederaan sendi, otot, heat stroke dsbnya. Memang bagi orang yang telatih seperti atlit tiada masalah, tetapi bagi kebanyakkan orang mencegah adalah lebih baik.
Tetapi jika dilakukan secara sederhana seperti berjalan laju, menaiki tangga atau bergerak aktif melakukan aktiviti seharian dengan bacaan 80 - 100 bpm dalam masa 20 minit secara berterusan sudah cukup untuk membakar lemak. Maka waktu paling baik adalah pada jam 2 ptg sehingga minit terakhir berbuka.
KURUS SECARA ONLINE
MUDAH, MURAH DAN BERKESAN
Ulasan