KURMA BAGUS UNTUK KURUS, KENAPA?

Nabi Muhammad SAW adalah contoh ikutan terbaik dari segala aspek termasuk soal diet. Direkodkan dalam hadis baginda gemar berbuka dan bersahur dengan kurma. Jadi posting kali ini coach terpanggil untuk berkongsi kebaikan kurma dalam konteks kurus. 


KURMA MENGANDUNGI GULA 
KENAPA PULA BAGUS UNTUK KURUS?

Ya memang kurma mengandungi fractose sebab ia dari kumpulan buah dan fractose adalah karbohidrat jenis monosacharide atau gula ringkas yang diketahui umum tidak sesuai dimasukan dalam amalan diet kurus. Jadi amalan diet baginda nabi tu salah dan memudaratkanlah yea?  

Makan kurma 4 biji tidak memberi kesan kepada peningkatan insulin
kerana GI-nya rendah berbanding nasi 


Opps.. Jangan cepat sangat buat konklusi. Baginda nabi memang gemar makan kurma tetapi jangan korang lupa banginda juga gemar mengamalkan moderation dalam pemakanannya. Nabi direkodkan kurang makan sebagaimana hadis ini :

Katanya, Ummul Mukminin Aisyah RA berkata: 
“Tidaklah kenyang keluarga Muhammad SAW daripada roti yang diperbuat daripada sya’ir melebihi dua hari secara berturut-turut sehingga Baginda wafat.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Jadi apabila tidak atau moderate mengambil makan selain kurma, maka tidak salahlah mengambil kurma sebagai ganti makanan tersebut kerana jumlah kalori sehari masih rendah.  


NUTRISI KURMA SEIMBANG

Selain itu, kurma dikatakan mempunyai nutrisi seimbang yang cukup untuk keperluan tubuh. Sebab itu semata-mata memakan kurma seharian tanpa makanan lain pun sudah memadai kerana didalam kurma 100 gram kurma atau 4-6 biji mengikut saiz mengandungi 75 g karbohidrat, 7 gram serat, 2 gram protien, 0,5 gram lemak, vitamin B6, Niacin, Pantothenic acid dan mineral  seperti potassium, magnesium, cooper, manganese, calsium dan iron.


Kandungan fiber yang tinggi dan vitamin b3
menyebabkan kurma lebih baik dari pisang untuk diet kurus 


KURMA VS PISANG


Memang jika dibandingkan 100 gram kurma dan 100 gram pisang, kurma lebih tinggi kandungan gulanya iaitu 63 gram berbanding 12 gram tetapi mengapa kurma lebih bagus untuk kurus (mengambil kira konsep moderation) adalah ia mengandungi tinggi fiber iaitu 7 gram berbanding pisang 2.6 gram. Fiber yang tinggi ini menjadikan anda berasa kenyang, insulin tidak mencanak naik kerana rendah glycemic dan bagus untuk kesihatan usus (meningkatkan penyerapan nutrien. 


Dari aspek vitamin, Kurma mengandungi 1.6 mg niacin berbanding pisang 0,67 mg yang amat bagus untuk metabolisma (penguraian lemak). 

NAK KURUS TAPI TAK TAHU DIET?
SERTAI PROGRAM KURUS FTB ONLINE
MURAH, MUDAH & BERKESAN
HANYA RM100 
TERHAD 20 SAHAJA



Rujukan : 

1. Sederhana cara makan Rasulullah SAW - Sinar Harian


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APA ITU DIET

THR KUNCI UNTUK KURUS

GEMUK ADALAH PENYAKIT BERBAHAYA