MALAS JOGGING HILANG SETELAH....

Malas ini isu satu dunia. Bukan kita jer yang terkena. Jadi coach nak kongsikan beberapa info penting untuk rajin jog sekaligus dah tak malas-malas bila jogging.


JOGING RANGSANG KURUS

Jogging tergolong dalam kumpulan latihan meningkatkan kecergasan kardiovaskular. Oleh itu jogging dapat meningkatkan isipadu oksigen dalam darah. Dengan itu proses pembakaran lemak akan lebih baik. Apabila udara yang mengandungi oksigen disedut masuk kedalam tubuh (didalam darah) ia akan berkoloberasi dengan molekul hidrogen untuk memecahkan ikatan karbon yang mengikat molekul tenaga seperti glukosa dll. Justeru untuk cepat kurus, masukkan elemen joging atau aktiviti kardiovaskular yang lain dalam senaman korang.


Air yang mengandungi moleku oksigen akan memutuskan ikatan molekul 'gula' 
Sumber foto : hydrolysis of polysaccharides - Bing images


JOGING SIMPLE JE

Joging ni tak perlu satu pusingan padang, tak perlu 1 jam tetapi bergantung kepada matlamat. Jika matlamat kita untuk kurus dan tubuh kita besar, saranan coach guna kaedah yang simple. Antara yang biasa coach buat untuk mereka yang obes adalah, gabungan antara berjoging dan berjalan, berjoging dan menaiki tangga, berjoging dengan rehat, berjoging dengan latihan kalistenik dan berjoging dengan latihan free weight dll. Dengan kombinasi ini ia akan lebih simple dan berkesan

  TERDAPAT BANYAK TEKNIK 
JOGGING UNTUK KURUS 
DIDALAM BUKU 30KG 80HARI 
UNTUK MEMBELI KLIK FOTO SEKARANG


JOGING MENCANTIKKAN KAKI

Jogging apabila dilakukan dalam jangkamasa yang betul akan mencantikkan kaki terutama pinggul, paha, betis dan yang menariknya adalah lemak bawah pusat akan cepat dibakar. Ini kerana joging mengandungi dua fasa atau segmen iaitu fasa berdiri dan fasa menghayun. Ketika fasa berdirilah otot diseluruh kaki akan mendapat manfaat. 

Joging yang berulang-ulang akan meningkatkan ulangan Standing leg
seterusnya mencantikkan kaki 
Sumber foto : jogging - Bing images




JOGING MENYIHATKAN HATI

Semasa joging, aktiviti hormon didalam tubuh menjadi aktif terutama dalam proses penguraian glycogen kepada glucose. Ini menyebabkan hati yang merupakan 'kilang' penguraian tenaga menjadi sihat dan risiko menghidap hati berlemak (Fatty Liver) akan berkurangan. 

Perbandingan fizikal hati yang sihat dan tidak sihat. 
Sumber foto : fatty liver - Bing images

Hati berlemak bukanlah perkara yang boleh didiamkan tetapi harus dicegah kerana keadaan hati yang berlemak ini akan merosakkan hati sekaligus menggangu proses penguraian (pembakaran) lemak. Pendek kata...usaha untuk kurus akan teramat-amat sukar. Maka, jangan malas jogging. Tetapi jogginglah dengan kaedah yang berkesan dan tidak meletihkan.

....

Nak info kurus lagi? follow dan like disini 

Follow The Beat | Putrajaya | Facebook

 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 CARA LEMAK DIBAKAR

KEPIT KETIAK TEGANGKAN PAYU DARA

BURPEE CEPAT JADI KURUS?