STROK HABA, TOLONG LAKUKAN INI...
APA ITU STROK HABA
Strok haba ialah keadaan tubuh berada dalam mod 'overheating' yang berpanjangan iaitu 104 F atau 40 c keatas sehingga menimbulkan kegagalan sistem tubuh termasuk sistem jantung, sistem buah pinggang, sistem otak dan saraf, sistem otot dan sebagainya. Bagi coach, overheating penyebab strok haba ini perpunca dari 2 faktor iaitu faktor luaran (cuaca panas yang berterusan) dan faktor dalaman (kondisi tubuh).
sumber foto : malaysia suhu panas - Bing images |
FAKTOR LUARAN :
CUACA TERLALU PANAS
Didalam tubuh manusia terdapat satu termometer yang mengawal suhu badan yang amat sensitif dengan perubahan suhu persekitaran. Apabila cuaca panas dan suhu persekitran meningkat reseptor kulit terus menghantar isyarat ke hipothalamus. Hipothalamus kemudiannya membuat berbandingan dengan suhu badan sekitar 37 selsius. Jika suhu persekitaran lebih tinggi hipothalamus akan merangsang sistem tubuh untuk mengekalkan suhu sejuk. hipotalamus akan merangsang kapilari darah untuk mengembang (dilute). tujuannya adalah untuk mengawal suhu badan dengan merembeskan (mengaktifkan) perpeluhan. Kesannya, kandungan cecair dalam badan akan cepat berkurangan. Jadi, cuaca adalah faktor penyebab...strok haba
Analognya mudah, cuaca panas dan tubuh badan seperti aircond. Apabila suhu bilik panas, aircond akan bertindak mengaktifkan compressor bagi menyejukkan bilik. Apabila bilik telah sejuk, compressor akan dimatikan. Sumber foto : aircond - Bing images |
Hypothalamus adalah 'king' yang mengawal sistem tubuh. Salah satu aktiviti yang dikawal oleh hypothalamus adalah suhu badan. Sumber : (115) The Hypothalamus: The Body's Thermostat (Human Thermostat) - YouTube |
FAKTOR LUARAN :
AKTIVITI FIZIKAL BERINTENSI
TINGGI DAN LAMA
Sebenarnya jika tanpa cuaca panaspun tubuh boleh mengalami strok haba dengan hanya melakukan aktiviti fizikal berintensiti tinggi dan lama seperti full marathon dsbnya. Tetapi bayangkan kegatalan korang bersenam atau bersukan secara intensiti tinggi dan lama ditambah dengan cuaca panas, tentulah dipanggil sengaja menempah maut!
Sistem tubuh yang dikerah semasa bersukan / bersenam / bekerja berat akan menghasilkan lebih banyak aktiviti cell respiration yang meningkatkan suhu badan, keradangan dan jika tidak dikawal akan mengundang gejala strok haba. Sebab itu, dihujung (digarisan penamat) atau pada jarak pertengahan sesuatu acara sukan berintensiti tinggi dan lama disediakan cryotherapy station bagi mengurangkan risiko atau simptom strok haba.
Mandi ais boleh mengecutkan saluran darah dan memberitahu hypothalamus supaya mengelakan cecair dalam badan (mengurangkan penghasilan peluh) lalu menyebabkan suhu badan menurun sumber foto : imgurl:https://th.bing.com/th/id/OIP.Nhi0rf0VMCaMLcKMScGqbgHaE8?w=220&h=180&c=7&r=0&o=5&dpr=1.9&pid=1.7 - Bing |
FAKTOR DALAMAN :
TUBUH KURANG AIR
Tubuh memerlukan air ertinya sel dalam badan memerlukan air. Sel otak, saraf, darah, sel hati, ginjal semunya memerlukan air untuk berfungsi. Apabila suhu persekitaran (luar) terlalu panas, ia akan meningkatkan suhu dalam badan dan air (cecair) yang terdapat dalam sel akan hilang.
Sel darah mengandungi 55% plasma yang didalamnya mengandungi 95% air' Sumber foto : Venous and arterial blood - Blood - Wikipedia |
Kesannya, sel akan mengalami keradangan dan gagal berfungsi seterusnya mengundang strok haba. Bayangkan jika anda mempunyai komplikasi penyakit darah tinggi, diabetis, buah pinggang, jantung dll. Apakah risiko strok haba sama atau akan meningkat?
SOLUSI
Kita tidak boleh ubah cuaca. tetapi kita bolah ubah cara kita berdepan cuaca panas. Jadi, ini antara solusinya.
Satu, cuba elak terdedah dengan cuaca panas dalam jangakamasa lama dengan rancang jadual kerja dengan efisyen. Tugasan yang berat dilakukan diawal pagi berbanding petang.
Dua, banyakkan minum air kosong kerana air mengandungi oksigen yang boleh mengurangkan keradangan. Air yang diminum boleh menggantikan cecair badan yang hilang kesan perpeluhan dan sel respiration.
Sumber foto : air kosong - Bing images |
Ketiga, Kerap mandi. Kalau boleh rendam badan sehingga menggigil. Menggigil menunjukkan suhu sejuk telahpun meliputi sel badan. Jika tidak dapat berendam, jirus lama terutama pada bahagian kepala dan leher kerana disitu terdapatnya saraf-saraf penting.
Sumber foto : mandi air pancut - Bing images |
Keempat, jangan ambil makan atau minuman tinggi kefin, gula dan garam kerana akan mengganggu sistem tubuh. Kefin yang berlebihan boleh meingkatkan jumlah kencing (menggalakkan dehyrate), meingkatkan suhu badan, meningkatkan degupan jantung (tekanan darah), mendorong kekejangan otot dan sebagainya.
Makan telur ayam kerana ia mudah dan mengandungi banyak mineral iron (zat besi). sebijik telur ayam mengandungi 0.84 mg iron. sumber foto : boil egg - Bing images |
Kelima, ambil juga sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Mineral seperti zink dan iron amat penting untuk mengelak kekejangan otot, sakit kepala dll. Vitamin C penting untuk anti radang dan vitamin B untuk mengekalkan tenaga.
Sumber foto : jambu batu - Bing images |
REDAKAN KERADANGAN OTOT
KESAN STROK HABA
DENGAN SPORTS MASSAGE
Rujukan :
Ulasan