Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

KULIT KUSAM....Eeee TAK MAU LAH!

Imej
Tua memang sinonim berkedut, kusam, lebam, kerepot dan lain-lain lagi. Haha :) nak sebutpun risaukan.  Hakikatnya, tiada siapa boleh menghalang proses penuaan itu tetapi insyaAllah, bersenam korang boleh cantikkkkkkkk.  Bagaimana? KULIT KUSAM Punyalah setiap malam tonyoh pencuci muka akhirnya kusam jugak!.  Sebenarnya kebanyakan punca masalah kulit bukanlah berasal dari permukaannya, tetapi dari sel dibawah kulit.  Dalam hal kulit kusam, semua tahu  dehydration  atau kekeringan  adalah puncanya. Namun tak semua tahu d ehydration atau kekeringan bukanlah disebabkan mekanisma yang berlaku dipermukaan kulit semata-mata seperti  pendedahan kepada sinar UV dan  penggunaan alatan  make-up. T etapi dehydration boleh disebabkan oleh tahap kesihatan sel yang berada dibawah permukaan kulit itu sendiri kerana apabila sel dibawah permukaan kulit tidak memulakan proses exfoliate   (penglupasan kulit), kulit kusam yang berada dipermukaan akan 'selesa' disitu. Dan kita terus-menerus kelihatan

TAK KENYANG LAGI, NASI TAMBAH SATU!

Imej
Saintis kini percaya keadaan Leptin Resistance atau sel otak tidak dapat merespon dengan baik terhadap hormon Leptin adalah punca lemak meningkat seterusnya menjadi obes!. Apa itu Leptin Resistance?  Jika korang obes (banyak lemak) kemudian  makan banyak lalu mengatakan tak kenyang-kenyang itu adalah petanda korang telah terkena Leptin Resistance dimana otak (Hypothalamus) tidak menerima sebarang arahan (signal) daripada leptin untuk menimbulkan rasa kenyang. Kesannya korang akan makan lebih banyak lagi..lagi dan lagi...  NAK TAHU CARA COACH PANTAU KORANG SAMPAI KURUS? KLIK FOTO DIBAWAH Namun jika korang dalam proses nak turunkan berat badan, telah melakukan senaman dan diet tiba2 merasa lapar itu bukanlah petanda Leptin Resistance kerana situasinya berbeza tetapi ia adalah pengaruh Ghrelin iaitu hormon yang dikeluarkan oleh usus kecil untuk memberitahu kita agar segera makan!  Jadi baguslah, dengan adanya leptin dan Ghrelin, cara makan kita dipantau kerana keduanya sentiasa berkerj

IKUTLAH PLAN JANGAN UBAH!

Imej
Apabila korang telah menetapkan berapa jumlah kalori output dan berapa jumlah kalori defisit seharusnya tetaplah pada plan itu, jangan ubah! . Setiap kali korang ubah setiap kali itulah JUMLAH KALORI OUTPUT yang disumbangkan dari SENAMAN dan DIET akan terjejas. Itulah yang berlaku kepada ramai orang yang gagal kurus. Apabila coach telah menetapkan mod, metod jangkamasa, intensiti, kekerapan senaman jangan diubah! kerana ia akan mengubah JUMLAH KALORI OUTPUT DARI SENAMAN .  Senaman yang dihantar oleh peserta dan dipantau oleh coach  SERTAI KELAS KURUS PERCUMA  KLIK FOTO DIBAWAH Sementara dari aspek diet, ramai yang mengubah dari JUMLAH DEFISIT KALORI  yang telah ditetapkan oleh coach dengan mengambil BAWAH BMR dengan anggapan semakin sedikit makanan dimakan semakin cepatlah kurus. Ini salah total!. jangan diubah! Diet yang dihantar oleh peserta dan dipantau oleh coach melalui  whatapps Apabila jumlah kalori yang hendak dikeluarkan  telah ditetapkan  seperti 275 kalori dari senaman 275

METABOLISMA DIA TINGGI, AKU RENDAH MACAM MANA NAK KURUS?

Imej
 METABOLISMA Mari kita mulakan dengan mengenal apa itu metabolisma. Biasa guna vanding machine tak? Ala...mesin beli air, jajan-jajan masa kat kantin sekolah dulu tu. Ingat tak macam mana nak guna vanding machine tu? Ya kena kecilkan duit sebab vanding machine hanya terima duit kecil saja.   Jadi, itulah analogi metabolisma yang bermaksud mengecilkan atau memecahkan atau menguraikan makanan kepada tenaga.  Metabolisma amat besar maknanya .  Didalamnya terkandung catabolisma  dan anabolisma .  Dalam konteks nak kurus perkataan metabolisma yang dimaksudkan oleh kebanyakan sebenarnya adalah catabolisma. Sebab itulah ramai yang berkata, "metabolisma kau rendah sebab tu kau gemuk". Jadi, coach nak kongsikan mengapa metabolisma boleh menjadi rendah dan tinggi.   PENYEBAB TINGGI RENDAH METABOLISMA Kalau hidup pun adakala senang, ada kala susah...ekonomi pun adakala naik adakala turun begitu jugalah yang berlaku terhadap proses metabolisma. Mesti ada hukum hakamnya .  Jika 'deman

DAH DIET, DAH SENAMAN... TETAPI BERAT TAK TURUN JUGAK!

Imej
Menimbang berat badan memang salah satu cara untuk monitor progres penurunan berat badan, tetapi menimbang berat bukanlah indikator yang tepat kerana boleh jadi berat otot meningkat, cecair tubuh bertambah sementara lemak sudah mengecil, lalu berlakulah berat tetap sama dan tidak berubah. Malah kadang-kadang melonjak semakin berat.  Namun, hakikatnya komposisi tubuh telah berubah dan ternyata situasi ini sangat baik!.  "Timbang jer tak turun,  timbang jer sama,  dah tak tahu nak diet apa dah....uh" 2 elemen diet yang perlu diberi perhatian jika berat tidak turun "Berat bertambah sangat baik!?" "Ya, jika dilihat berdasarkan komposisi tubuh. Dalam program kurus FTB Online biasanya berlaku pada fasa transisi pertama iaitu pada minggu ke 3 dan 4".  Tapi katakanlah berat memang tak berubah disebabkan lemak tidak terbakar, maka apakah puncanya dan bagaimana nak atasi? Terdapat 3 punca utama yang mempengaruhi progres penurunan berat. Kesemuanya soal kualiti terha

PENTING SANGATKAH SARAPAN?

Imej
 MENGAPA SARAPAN PENTING Mengikut amalan yang baik untuk kurus, kita disarankan makan malam  diantara jam 7 malam hingga 8 malam. dan perlu bersarapan pada keesokkannya pada jam 7 - 8 pagi. Saranan  ini sebenarnya bertujuan mengelakkan berlakunya lambakan ketoacid yang mengakibatkan terhasilnya banyak bahan buangan yang akan menjejaskan hati dan buah pinggang, kehilangan densiti otot, kerapuhan tulang, pengumpulan lemak dll.    Apabila kita tidak bersarapan melebihi 12 jam kadar gula (glycogen) didalam hati akan berkurangan sehingga berbaki 1/2 atau lebih ( bergantung apa yang dimakan dan waktu bila dimakan pada malam semalam) .  Jika pada sebelah paginya kita melakukan kerja yang berat seperti senaman aerobik, bebanan atau bekerja menggunakan fizikal atau aktif, kadar glycogen (karbohidrat) akan semakin berkurangan dan ini menyebabkan tubuh mula menggunakan lemak untuk menggantikan kekurangan glycogen (karbohidrat) tersebut bagi menyediakan tenaga. Apabila lemak menjadi sumber tena

OBES PUNCA WANITA TIDAK SUBUR

Imej
Berdasarkan banyak kajian, obesiti boleh menyekat kesuburan wanita apabila hormon leptin mengganggu sistem Hypothalamic Pituitary Gonadal menyebabkan sistem peranakan wanita tidak berfungsi dengan betul sehingga menyebabkan ketidak suburan (1).  Hypothalamic Pituitary Gonadal atau singkatannya HPG adalah gabungan 3 organ endokrin yang saling berhubung untuk menjayakan proses kesuburan.   Sistem Hypothalamic Pituitary Gonadal.  LEPTIN  Leptin adalah hormon yang dikeluarkan oleh sel lemak (adipose tissue). Maka, golongan obes tentulah secara  automatiknya pengeluar hormon leptin terbanyak berbanding individu kurus. Leptin dikenali sebagai hormon kenyang, ia memberi signal kepada otak (hypothalamus) untuk mengubah suai pemgambilan makanan dan penggunaan tenaga dalam jangkamasa panjang.  Kesan leptin terhadap organ lain  Contoh mudah, apabila seorang itu obes, leptin akan memberitahu otak (hypothalamus) agar  kurang makan atau berdiet. Lalu timbul rasa, keinginan dan semangat  untuk mengub

80% DIET 20% SENAMAN

Imej
DIET ATAU SENAMAN PENTING? Rumus 80% diet dan 20% senaman ini terbit dari pecahan kalori yang mesti dibakar atau dikeluarkan dari tubuh setiap minggu. 80% diet bermaksud 6160 kalori atau kira-kira 880 kalori  pengurangan   setiap hari dalam seminggu.  7700 kalori dikurangkan atau  dibakar dari tubuh  seminggu membolehkan anda kurang  1 kilogram berat.  Pemantauan dan ulasan diet oleh coach dalam program FTB  20% senaman pula bersamaan 1,540 kalori atau kira-kira 220 kalori setiap hari anda bersenam atau beraktiviti. Maka jika anda mengambil pendekatan 80% diet dan 20% senaman, anda perlulah berdisiplin menjaga diet kerana 6160 kalori defisit mesti datang daripada diet.  Sementara senaman bolehlah dilakukan secara tidak serius, contohnya sekadar berjalan  22-30 minit. Mudahkan?  Ya mudah bagi mereka yang merasa senaman menyakitkan. Tetapi cara ini tidak mudah bagi mereka yang kuat makan!. Kaedah ini gemar dilakukan oleh wanita yang sibuk, bekerjaya, tidak fit dan lain2.  "You can l

KAMI DAH KURUS! TERIMA KASIH FTB 2020

Imej
Alhamdulillah selesai sudah program FTB 2020 apabila malam tadi (21.02.2021) telah berlangsungnya Majlis Pentup FTB 2020 secara FB Live.  Aturcara majlis simple sahaja dimulai bacaan alfatihah diikuti, kata aluan coach, pengumuman pemenang dan ulasan spesifik semua peserta.  Dalam program kali ini, ramai peserta tidak menggunakan kesempatan menghantar diet dan laporan senaman untuk disemak.  Uhh! ruginya. Coach harap pada masa hadapan, ubahlah perangai malas tu. yea :).  Seperti dijanjikan semua peserta telah diberikan secara by hand cenderahati FTB dan t shirt program. Berikut adalah senarai peserta beserta yang mempunyai rekod sebelum dan selepas.  ----------------------------------------- VIDEO PROGRAM FTB 2020 ----------------------------------------- Akhir kata, nak kurus? belajarilah dari FTB. Sebab kurus bukan soal diet sahaja. Ia meliputi banyak elemen tubuh manusia. Orang A takkan sama dengan orang B. Ertinya, setiap orang obes perlu mendapat rujukan coach yang berpengalaman

KURUS DENGAN POTONG PERUT

Imej
APA ITU  BARIATRIC ? Secara umum Bariatric adalah proses pembedahan  bagi menangani masalah obesiti yang serius. Secara khusus Bariatric mempunya 3 jenis pembedahan khusus mengikut tahap dan fungsinya iaitu Gastric Bypass, Sleeve Gastrictomy dan Bilopancreatic Diversion with Duodenal Switch (BD/DS).  Baria atau Baro adalah  perkataan greek  yang bermaksud berat.  PERUT DAN USUS KECIL  Umum mengetahui Bariatric melibatkan pemotongan perut dan usus kecil. Mengapa perut dan usus? Mari coach terangkan mengapa Bariatric melibatkan kedua organ ini.   Perut dan usus kecil memainkan peranan berbeza namun keduanya merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita atau dikenali sebagai digestive system.  Fungsi perut ada 3, satu, sebagai  tempat simpan makanan atau storage , tempat 'mencincang' dan mencampur adukkan makanan dan yang ketiga tempat penyerapan.  Sementara usus kecil pula berperanan menyambung tugas perut dengan  melakukan aktiviti penyerapan nutrisi yang lebih kompleks.