NAK KURUS TAPI TEKNIK SALAH...ADOI HAI!

SEDERHANA ATAU LAJU?

Buat latihan pun salah macam mana nak kurus dek oiii. Laju dan perlahan pun pakai hentam aje. Berat dan ringan pun main sauk aje..Meh coach terangkan ya. Kita mulakan dengan membaca kes dibawah ni. 

Kenal Oprah Winfrey? Beliau adalah contoh tepat apa yang coach maksudkan. Melalui rujukan coach di http://www.oprah.com/omagazine/Oprah-Gets-Fit-Her-Workout-Routine, ternyata rutin utama Oprah dalam seminggu pada sebelah pagi adalah melakukan aktiviti aerobic selama 45 minit. Beliau menggabungkan 2 daripada aktiviti ini (1) Power Walk, (2) Joging, (3) Elliptical exercise (Cross Trainer), (4)Stair - stepping (naik tangga atau stepper) atau (5) Rowing. 


Pada sebelah petangnya beliau kembali mengulangi dengan 20 minit. Apakah Oprah berjaya dengan caranya? Jawapannya berjayalah. So mari kita selidik kenapa beliau berjaya dan Apakah sebabnya. 



DISEBALIK SEDERHANA DAN LAMA



Dalam 3 program kurus coach FTB GroupFTB Online dan FTB Personal Training kaedah yang Oprah gunakan telah lama coach dipraktikkan. Contohnya, didalam program FTB Group peserta dilatihan selama 30-45 minit dengan dua gabungan komponen latihan antara komponen aerobik dan bebanan. Ia sebijik seperti keadah yang digunakan oleh Oprah. 
Modul 1 10 kg 10 minggu yang diguna pakai
didalam program kurus FTB Group 


Kaedah ini, menyebabkan jantung berdenyut sekitar 60-75% daripada kadar Degupan Nadi Maksima. Pada kadar ini,  hormon Norephinephrine akan dirembeskan bagi mengekalkan pengecutan saluran darah supaya tekanan darah dan aliran darah kekal aktif. Apabila latihan melepasi 15-20 minit, semakin lama senaman dilanjutkan (30-45 minit) proses pembakaran lemak atau lipolysis akan berlaku dengan lebih cepat dan banyak. Best kan!. 


SERTAI PROGRAM INI SEKARANG!
BELAJAR TEKNIK DIET 
DAN TEKNIK SENAMAN KURUS
BERKESAN 


Rujukan :

1. Gastin, P.B. (2001). Energy system interaction and relative contribution during maximal exercise; Sport Medicine, 31, 725-741.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 CARA LEMAK DIBAKAR

KEPIT KETIAK TEGANGKAN PAYU DARA

BURPEE CEPAT JADI KURUS?