Catatan

Tunjukkan catatan dari 2023

5 CARA LEMAK DIBAKAR

Imej
1. TAHAP KECERGASAN FIZIKAL  Kadar pembakaran lemak bergantung kepada usia. Semakin usia meningkat maka semakin kadar     metabolisma kita rendah. Maka nasihat coach jangan biarkan obesiti dibawa kehari tua kerana amat sukar untuk dibakar.    2. INTENSITI DAN JANGKAMASA Apabila bersenam awasi kadar nadi. kebanyakkan kita bersembang dan tidak fokus menyebabkan latihan tidak menepati intensiti (kehebatan). Jangkamasa yang panjang melebihi 30 minit amat baik untuk pembakaran lemak. Namun lazimnya apabila jangkamasa panjang, intensiti pula semakin perlahan. 3. KEUPAYAAN FA Perkara ini berhubung kait terhadap proses pemecahan lemak (lipolysis). Antaranya jika terlalu banyak makan makanan dari kumpulan karbohidrat (bergula), insulin akan berlambak-lambak didalam darah. Keadaan ini akan menghalang penghasilan hormon epinephrine, norepinephrine dan Hormon Sensitive Lipase (enzim) yang akan memperlahankan proses penguraian ikatan lemak (glycerol + 3 FFA).      4. KOMPOSISI DIET  Setiap makanan

DIET TAK MAKAN NASI, BOLEH KURUS KE?

Imej
Ya coach setuju, ada jer yang berjaya dan ada juga yang tak berjaya. Tapi yang paling penting adalah kita faham apa yang kita buat. baru best... Diet yang tolak nasi aka karbohidrat ini adalah sejenis diet yang dipanggil ATKINS . Diet yang menolak karbohidrat ini telah wujud pada tahun 1960 oleh seorang kardiologis bernama Robert C Atkins . Matlamat diet ini adalah untuk  menurunkan berat badan, meningkatkan tenaga, memperbaiki tahap kesihatan seperti mengawal dan mencegah penyakit tekanan darah dan isu berkaitan metabolik sindrom .  Dibelakang ideologi ini, Atkins sebenarnya mengajar kita untuk   mengawal insulin dengan konsep diet rendah karbohidat.  Karbohidrat menjadi 'kebencian' Atkins kerana ia bukan sahaja meingkatkan kalori tetapi mengganggu fungsi vitamin, mineral, fiber, protien dan lemak (1). Contohnya, jika karbohidrat diambil banyak dan konsisten, sel akan sukar merespon kepada insulin (hormon) maka terjadilah insuline resistance .  Walau bagaimanapun bukan semua

NAK KURUS, REGANGAN JANGAN DI SAMPINGKAN

Imej
Regangan atau stretching selalu  dilihat tidak diambil serius oleh 'pemburu' lemak. Macam mana nak kurus kalau benda asas diabaikan. Jadi posting ini coach akan kupas kepentingan regangan untuk kurus.  REGANGAN ITU APA Perasan tak, semasa melakukan aktiviti regangan anda akan rasa  menegang dan tertarik ?Itulah regangan. Ia bertujuan memanjangkan atau meregangkan otot untuk meningkatkan kelenturan . Disebabkan itu, ramai orang tak mahu buat atau dalam ertikata lain  buat ala kadar sahaja  sebab rasa tegang itu memang tak best dan menyakitkan. Tambahan lagi ia seperti tiada kena mengena dengan pembakaran lemak.   REGANGAN & KURUS Itu silap!. Regangan merupakan komponen ketiga terpenting untuk menjayakan misi kurus . Regangan yang betul dan konsisten  membolehkan anda melakukan gerakan membina kekuatan dengan julat pergerakan yang lebih besar lalu   menjadikan senaman lebih berkesan dan pembakaran lemak lebih optima.   Regangan juga menghindari kesakitan atau kecederaan otot

MALAS JOGGING HILANG SETELAH....

Imej
Malas ini isu satu dunia. Bukan kita jer yang terkena. Jadi coach nak kongsikan beberapa info penting untuk rajin jog sekaligus dah tak malas-malas bila jogging. JOGING RANGSANG KURUS Jogging tergolong dalam kumpulan latihan meningkatkan kecergasan kardiovaskular. Oleh itu jogging dapat meningkatkan isipadu oksigen dalam darah. Dengan itu proses pembakaran lemak akan lebih baik. Apabila udara yang mengandungi oksigen disedut masuk kedalam tubuh (didalam darah) ia akan berkoloberasi dengan molekul hidrogen untuk memecahkan ikatan karbon yang mengikat molekul tenaga seperti glukosa dll. Justeru untuk cepat kurus, masukkan elemen joging atau aktiviti kardiovaskular yang lain dalam senaman korang. Air yang mengandungi moleku oksigen akan memutuskan ikatan molekul 'gula'  Sumber foto :  hydrolysis of polysaccharides - Bing images JOGING SIMPLE JE Joging ni tak perlu satu pusingan padang, tak perlu 1 jam tetapi bergantung kepada matlamat. Jika matlamat kita untuk kurus dan tubuh kita

CEPAT KURUS DENGAN CHEST PRESS

Imej
Chest jarang disebut untuk kurus. terutama kepada wanita. Wanita suka buat chest bila asetnya jatuh itu jer yang diorang pentingkan. Tapi tahu tak aktiviti Chest seperti Chest Press, Push up, Wall Push up dll. penting untuk kurus. Nampak macam takde kaitan. mari coach terangkan kepentingan membina chest aka dada. LOKASI OTOT DADA Chest adalah otot besar dibahagian upper body. Chest terdiri dari 2 otot yang dipanggil sebagainya Pectoralis Major dan Pectoralis Minor. Pectoralis Major ini melekat di anterior sternum, separuh clevicle hingga ke lateral bicipital groove (intertubercular groove). Sementara Pectoralis Minor melekat dari 3rd dan 5th rib ke superior surface of coracoid process.  Pectoralis Major. Sumber foto :  pectoralis major - Bing images    Pectoralis Minor. Sumber foto :  pectoralis minor - Bing images FUNGSI OTOT DADA Berdasarkan posisinya, otot dada terlibat dalam aktiviti pergerakan tangan antaranya seperti menarik, menolak dan mengilas yang menyebabkan otot dada amat p

STROK HABA, TOLONG LAKUKAN INI...

Imej
APA ITU STROK HABA  Strok haba ialah keadaan tubuh berada dalam mod 'overheating' yang berpanjangan iaitu 104 F atau 40 c keatas sehingga menimbulkan kegagalan sistem tubuh termasuk sistem jantung, sistem buah pinggang, sistem otak dan saraf, sistem otot dan sebagainya.  Bagi coach, overheating penyebab strok haba ini perpunca dari 2 faktor iaitu faktor luaran (cuaca  panas yang berterusan) dan faktor dalaman (kondisi tubuh) .  sumber foto :  malaysia suhu panas - Bing images FAKTOR LUARAN :  CUACA TERLALU PANAS  Didalam tubuh manusia terdapat satu termometer yang mengawal suhu badan yang amat sensitif dengan perubahan suhu persekitaran. Apabila cuaca panas dan suhu persekitran meningkat reseptor kulit terus menghantar isyarat ke hipothalamus. Hipothalamus kemudiannya membuat berbandingan dengan suhu badan sekitar  37 selsius. Jika suhu persekitaran lebih tinggi hipothalamus akan merangsang sistem tubuh untuk mengekalkan suhu sejuk.   hipotalamus akan merangsang kapilari darah

AKU & BASIKAL

Imej
AKU DAN BASIKAL 10.02.23.01 Hari ini aku set nak menunggang basikal sekitar Putrajaya. Disebabkan ada pesanan beli barang dapur, aku tetapkan perjalanan hari ini menuju Mydin presint 15. Bagus aku suka ada pesanan begini!, sebab aku bukanlah peminat tegar basikal. Disebabkan ada kiriman, bolehlah aku 'tumpang' matlamat itu dan jauhkan jarak kayuhan yang selama ini hanya 12-15km sahaja.  Bermula di presint 11, aku mengayuh sepanjang Jalan P11 yang laluannya berbukit  kemudian menuruni bukit melintasi Balai Polis Presint 11.  Kemudian, membelok ke kiri menuju kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia, Seri Perdana yang berada di presint 10.  Sources: Police trying to crack open eight safes in Seri Perdana (nst.com.my) Aku melewati jalan Persiaran Sri Perdana. Sepanjang lalu itu, banyak rumah 'landed' yang besar-besar. "Rumah besar, orangnya pun mesti berjiwa besar", kata hatiku.  Presint 10 tak asing bagi aku kerana ada 2 orang 'besar' yang aku kenal tingg

19 TIPS KURUS PALING CEPAT KURUS

Imej
Terlalu banyak tips-tips kurus dihidangkan kepada anda sehinggakan faktanya meragukan. Namun tips yang coach hidangkan ini adalah berdasarkan pengalaman mengendali dan melatih peserta didalam program  Follow the Beat 'Just Follow n Slim' .  Tips-tips ini merupakan jawapan bagi persoalan mereka.   1. Tidurlah Dengan Kualiti Tidur amat penting untuk kurus. Ketika tidur semua sistem tubuh 'direhatkan' dan organ terpenting kurus yang harus direhatkan adalah hati (liver). Maka tidurlah awal. Sebaik-baik tidur adalah selepas waktu isya'. Sumber foto : https://www.webmd.com/cancer/ss/ slideshow-liver-cancer-guide 2.  Henti Gula Ringkas 'Gula' tiada faedah melainkan memberi rasa manis dan menambah kalori  intake . Ramai orang keliru dengan gula sehinggakan roti menjadi keutamaan berbanding nasi. Apabila gula ringkas diambil hormon insulin akan dikeluarkan dengan banyak, dikala itu proses pembakaran lemak menjadi perlahan. SIBUK. TIADA MASA BERSENAM?  KLIK FOTO INI U