SENAMAN KURUS TANPA SAKIT BADAN

Sebut pasal kurus semua nak kurus. Tapi kalau sebut senaman semua geleng kepala sebab senaman menyakitkan. Tapi tahu tak korang, coach ada tips nak bagi senaman tu tak menyakitkan. Mahu? Kalau mahu jom coach bantu. Kat bawah ini adalah cadangan coach untuk 1-2 pertama latihan. 

Step 1, Jika tak pernah bersenam sepanjang hayat dan ko memang obesiti tahap lemak bergayut dan membuai tu jadi mulakan dengan aktiviti berjalan. Tapi berjalan jangan lelama. buat sekitar 20 minit. Semasa berjalan pastikan tarik nafas panjang dan kerap supaya oksigen disedut banyak bagus untuk sel otot yang bergerak. 

Berjalan bukan benda memain. Berjalan pun kena dilakukan dengan betul untuk elak sakit. Antara yang boleh coach kongsikan adalah ko gunakan kaedah heel to toe. Fungsinya untuk meminimakan impak bebanan kepada seluruh kaki termasuk betis. 

Teknik heel to toe. 




Step 2, Selepas itu lakukan aktiviti RB Plantar Flexion sebanyak 20 ulangan x 3 set dengan bantuan resistance band. . RB pula gunalah yang berwarna merah sebab just nice untuk perempuan.  Untuk pengetahuan ko, aktiviti ini penting untuk menguatkan betis. Ada banyak cara untuk melakukannya namun coach memilih aktiviti yang tidak membebankan. 



Step 3, Dalam seminggu ini ko bersenam, jangan diet lagi, relaks... layan jer tekak ko tu. Sebab coach tak mahu ko stres. Stres pun boleh menggangu proses kurus. Tetapi coach cuma mintak dalam 1 minggu bersenam banyakkan makan sayuran hijau yang berbatang keras. Sebabnya, kerana coach nak vitamin B, hemoglobin dan mineral seperti iron dan zink berada didalam darah untuk mengelakkan ko sakit otot. 




Step 4, Dalam seminggu itu juga ko perlu ambil protien daripada telur ayam, ikan, ayam sekitar 2-6 hidangan sehari. Mengapa? Semasa ko bersenam banyak tisu otot yang rosak. Untuk membaikinya ko kena makan protien kerana didalam protien ada Amino Acid yang berfungsi membaik pulih tisu otot.  


Step 4, Banyakkan minum air kosong kerana air dapat mengurangkan gejala acidosis atau keadaan asid yang tinggi dalam tubuh. Ini kerana semasa bersenam banyak air telah digunakan untuk proses hydrolisis. So anda mesti minum air sekitar 2.5 liter sehari. Atau cara mudah tengok warna air kencing. jika berwarna seperti teh cina itu bererti kandungan air dalam tubuh ok. Tak perlulah ko tonggang air lagi. 




Step 5, Rendam kaki selepas senaman. Bila perlu buat? Bila kau rasa betis mulai tegang. Ketika merendam, berlajarlah bersabar kerana 20 minit merendam kaki dalam ice sungguh 'mengayikkan'. Tanpa sedar air mata kau akan berderai dipipi.  
 


Step 6 - Pergi berurut. Tujuan urut adalah untuk merangsang peredaran darah. tubuh kau especially betis sebijik seperti kereta. Bila bersenam tubuh tak mengeluarkan asap sebaliknya tubuh akan mengeluarkan atau menghasilkan acid lactic dalam tubuh. Acid yang  berlambak dan tersangut di sel otot ini akan mengundang lesu dan paling teruk ia akan mengundang cramp. 

Coach juga sport massuer professional.
Kalau cramp set appointment dengan coach


Ertinya strategi tidak sakit apabila bersenam adalah dengan memastikan tekanan senaman itu berkadaran, disamping mengambil nutrisi yang penting untuk tisu otot. Setelah seminggu ko akan dapati otot betis semakin kuat. dan pernafasan ko semakin baik. 

Minggu ke 2 apa perlu dilakukan? Tunggu! nanti coach akan buat posting lagi. 
  

[ PENDAFTARAN DIBUKA ]

KURUS SECARA ONLINE 
DAFTAR SEKARANG UNTUK DISKAUN!
PROGRAM BERMULA JULAI 2020

[ KLIK FOTO DIBAWAH ]
 




  



 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 CARA LEMAK DIBAKAR

KEPIT KETIAK TEGANGKAN PAYU DARA

BURPEE CEPAT JADI KURUS?